Monday, May 10, 2010

Kegilaan Tahap Gaban

Sebelum mula melaporkan diri untuk tugas baru di Angkasapuri, aku sempat juga belajar menjahit di Kelas Jahitan KEMAS dengan yuran yang sangat rendah. Cuma RM15 sebulan untuk belajar apa saja yang kita kehendaki. Jadi di kesempatan yang singkat itu, aku sempatla belajar menjahit blouse dan baju kurung. Maka, dengan berbekalkan sedikit ilmu & semangat yang berkobar2 aku mula menjadi pengunjung setia kedai2 kain. Asyik beli kain je untuk di jahit.

Selepas projek blouse dan baju kurung, aku beli lagi kain baju kurung yang sepasang dgn kain baju melayu untuk Bie warna Maroon. Baju kurung kain kosong tu, aku buat perincian manik2 dengan tone warna merah, pink dan maroon. Blouse ibu pun aku beli kain kosong untuk tambah perincian manik2 hitam pada lengan dan bahagian depan. Muntah jugakla nk jahit manik2 tersebut. Blouse itu, aku hadiahkan untuk Ibu sempena Hari Ibu yang lalu. Tapi lepas tu terpaksa ambik balik untuk aku lengkapkan jahitan manik dan besarkan mana2 bahagian yang patut supaya lebih selesa.

Baju kurung Iti warna purple pun telah aku siapkan. Terkini, aku beli lagi sepasang kain untuk jahit baju kurung ibu mertuaku, kain baju melayu Bie Satin warna kuning air keemasan (betui ke?) dan sepasang kain warna yang sepadan untuk projek Baju Kurung Pahang aku pulak. Hehehe...

Malam beli kain tu, balik je rumah tangan dah gatal nak gunting kain Baju Kurung Pahang yang aku tiru je potongannya dari baju kurung Pahang yang aku ada sepasang. Sampaila pukul 1.30 pagi baru tidur walhal pagi Isnin tu da nk kene bangun untuk pergi kerja. Semalam, balik je dari ofis , terus hantar jahit tepi, kuar makan, balik mandi dan terus ulit kain sampaila pukul 12.30 tghmalam baru masuk tido. Kalau ikut hati, mau sampai pagi aku sanggup bersengkang mata untuk siapkan baju kurung tu. Tetapi mengenangkan itu bukanlah tindakan yang terbaik lebih2 lagi aku kene bangun pagi untuk pergi kerja jadi aku bantutkan hasrat itu dan terus masuk tidur.

Jadi, sekarang itulah hobi dan kegilaan terbaru aku yang menjadikan aku lebam hari2 sebab macam dah ketagih pulak nk menjahit. Dalam hal ini, aku rasa antara pihak yang gembira adalah nyonya kedai jahit tu sebab aku dah jadi pelanggan setia dia untuk hantar jahit tepi dan beli pelbagai aksesori jahitan. Kedua ialah ahli keluarga yang mendapat baju percuma hasil kerja tangan aku yang sedang memahirkan diri tahap master untuk menghasilkan produk yang cantik dan kemas serta sedap dipakai.

Dari sudut lain, pihak yang pening kepala pula ialah En. Suami saya yang terpaksa melayani kerenah saya memilih kain, menemani saya menjahit hingga terlelap di depan TV setiap malam, menahan mata melihat keadaan ruang tamu yang agak semak dgn mesin jahit dan bungkusan kain2 serta peralatan jahitan dan kadangkala2 terjumpa pula jarum serta manik di sana-sini. Kalau dulu, bisa bermanja dengan bie sambil menonton TV bersama, kini aku lebih sibuk mengulit kain pula. Terima kasih bie yang sentiasa cool dan sabar dengan kegilaan baru ku ini.

Bagi diriku pula, aku merasakan suatu kepuasan apabila dapat bereksperimentasi dengan pelbagai fabrik, warna dan rekaan fesyen. Aku puas apabila kerja tangan ku membuahkan hasil yang menepati citarasa sendiri untuk dipakai ke pejabat, kasual mahupun majlis. Aku puas melihat ahli keluarga yang selesa memakai hasil kerja tanganku. Aku puas dapat belajar dan mencuba perkara baru. Aku juga puas apabila dapat menambah satu lagi kemahiran yang berfaedah untuk diri sendiri..

Entah apa pula kegilaan aku di masa hadapan, Tuhan saja yang tahu.

Wind Of Change..

Wah..

Mcm da bersawang je laman blog ni lama giler tak update.

Anyway, bnyk perubahan yg berlaku dalam diari kehidupanku.
Antaranya, aku kini bertugas di Wisma Radio Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Kadangkala berputik juga rindu di hati untuk berkonti di radio tetapi aku biarkan saja putik itu berkembang menjadi bunga-bunga rindu yang tetap mekar di taman hati dengan harapan aku akan kembali bersiaran lagi suatu masa yang diizinkan Ilahi kelak.

Bertugas di Wisma Radio Angkasapuri ini, taklah begitu sibuk tetapi aku gembira dgn suasana pejabat yang selesa dan rakan2 pejabat yang mesra dan bersederhana sentiasa. Bos pun bagai ibu yang menjaga anak2nya dan tidak pula begitu terikat dengan gelaran protokol.

Rutin hidup juga berubah. Tiada lagi berlingkar malas di katil setiap pagi dan bangun ketika tinggi hari. Setiap pagi dan petang harus memandu pergi dan pulang dari tempat kerja. Mula2 memang sakit dengan belanja minyak dan tol, tapi sekarang dah mula kongsi kereta, terasa lapang sikit dada.

Dalam pada kesibukan dengan tugas dan tempat kerja baru, aku masih lagi sempat menyiapkan pelbagai projek jahitan ku merangkap hobi dan kegilaan terbaru.