Thursday, April 19, 2012

Dahlia Qistina

Alhamdulillah..

Tanggal 14 Mac 2012 yang lalu buah cinta yang selama ini membesar dalam kandunganku selamat dilahirkan ke dunia ini.

Kira-kira jam 2.30pagi aku dikejutkan nurse untuk merekodkan CTG (degupan jantung Baby) selama lebih kurang setengah jam. Selesai CTG aku turun dari katil untuk kembali ke tempat tidur namun darah dan lendir mengalir di celah2 peha lantas aku ke tandas. Aku cuba menarik lembut tiub getah yang dimasukkan ke dalam pintu rahimku ternyata ia terlucut dengan mudah. Aku gembira kerana ia memberi makna pintu rahimku sudah semakin terbuka untuk aku melahirkan. Ternyata sangkaanku tepat sekali kerana hasil pemeriksaan doktor, pintu rahimku telah terbuka 4cm dan sudah tiba masanya untuk aku dimasukkan ke bilik bersalin.

2 jam di bilik bersalin, aku tidak merasa apa2 kesakitan. Bimbang pintu rahim tidak mahu terbuka lagi, kira2 jam 5.00 pagi doktor memecahkan air ketuban dan induce ubat melalui drip. Kesakitan mula terasa daripada perlahan semakin lama semakin kuat. Aku ditemani Bie di sisi sejak mula tetapi kira2 jam 6.15 Bie tertidur di sisi katilku lalu disuruh keluar oleh nurse. Menjelang 6.45pagi, sakit kian kuat tetapi bayang2 Bie masih tidak kelihatan. Itulah saat aku benar2 memerlukan Bie di sisi. Aku kian gelisah di katil menahan sakit yang tidak terperi. Doktor mula memeriksa bukaan servix dan aku sangat berdebar2 ketika itu kerana jika bukaan servix masih lagi4cm bermakna aku harus dibedah. Syukur bila doktor memberitahu bukaan servix sudah 7cm. Aku tahu anak dalam kandunganku turut berusaha menolak dirinya ke bawah sejak malam tadi kerana kedudukannya yang masih di atas.

Sakit kian tidak tertahankan. Aku berkalih ke kiri dan kanan, tubuhku lencun dengan peluh menahan sakit. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku benar2 memerlukan suamiku di sisi ketika itu namun dia masih tidak hadir. Aku hanya mampu bertawakkal dan berzikir pada Allah semoga aku dipermudahkan dan selamat melahirkan.

Kira2 jam7.15 pagi doktor mengizinkan aku untuk meneran sekiranya aku rasa ingin meneran. Sedar2 tak sedar aku dikerumuni nurse dan doktor memberi semangat supaya aku terus menarik nafas dan meneran. "Manelah Bie ni tak masuk2 lagi.." getusku di dalam hati.

Dalam pada aku sibuk meneran, tiba2 terasa kepalaku diusap lalu apabila aku mendongak aku melihat Bie berada di situ menampung tengkuk dan kepalaku, memberi semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan antara hidup dan mati ini. Setelah beberapa ketika, nafasku hampir putus dan aku seolah2 tiada tenaga lagi untuk meneran. Namun, apabila doktor memberitahu jantung bayi kian lemah, aku terus kumpulkan segala semangat dan tenaga yang bersisa untuk aku teran sehinggalah anakku selamat dilahirkan.

Syukur alhamdulillah..
Hanya itu sahaja yang terlafaz saat anakku diletakkan ke atas dadaku. Terimbas kembali saat aku melahirkan arwah Umi Latifah dahulu. Bezanya arwah diserahkan ke dakapanku ketika dia sudah tidak lagi bernyawa.

Of course the rest are history cuma aku agak terkilan kerana tidak dapat menyaksikan detik2 Bie Qamat ke telinga bayi kami.

Bayi itu kami namakannya Dahlia Qistina..

Dahlia Qistina Binti Shamsir Firdhaus seberat 2.7kg lahir kira2 jam7.29 pagi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.