Tuesday, November 17, 2009

Bila Anjing Menyalak & Ketam Mengajar Anak

Bila Anjing Menyalak2,
Memang membingitkan telinga,
Tapi da memang dasar anjing,
Memang cuma tahu menyalak & menggigit saja.

Ibu ketam pula cuba mengajar anak2nya berjalan lurus,
Padahal diri sendiri pun jalan tak betul,
Maka anak2 ketam pun perasan mereka sekeluarga berjalan lurus,
Sambil berjalan sambil menyepit.

Bahaya ketam kalau da menyepit,
Boleh miskin dibuatnya,
Kononnya buat baik dibalas baik,
Walhal nak mengikis selagi tak habis.

Anak2 ketam pun terbiasa,
Dengan budaya subsidi yang di ajar,
Kalau boleh sume nak percuma,
Sampai bulan madupun minta di taja.

Kononnya kaya pangkat dan harta,
orang lain tak boleh lebih dari dia,
Dengki khianat menguasai jiwa,
Sampai sanggup mengumpat mengata..

Balik kampung bukan nak jumpa bonda,
Tapi nak jumpa adik yang kaya,
Tergamak ketepikan Bonda,
Kerana hati yang telah buta,
Dek kemewahan dunia..

Yang anak ketam pun sama..
Kononya baik dan sempurna,
walau perangai buruk tak terkata,
Sampai orangpun mengata,
Mereka saja yang tak tau cerita..

Kalau tahu oleh mereka,
Akan orang2 yang mengata mereka,
Nescaya malu mereka dan keluarga mereka..

Memang mereka tak tau cerita,
Ingatkan semua baik2 saja,
Walhal sedara-mara ramai yang bermuka2,
Atas nama pertalian keluarga,
Tak kuasa nak bermasam2 muka..

Sengaja malas aku nak cerita,
Biar mereka terus dikata..
Dan aku boleh terus ketawa..
Mendengar segala kisah pekung yang terbuka..

orang berbudi, kita berbahasa..
Orang mengeji, kita bahasakan dia..

Wednesday, November 11, 2009

2nd Anniversary..



Wah.. masih segar diingatan kenangan pada malam aku menjadi suri hidup kepada suamiku Shamsir Firdhaus. Sedar tak sedar telah 2 tahun kami menyulam ikatan suci ini dan terus utuh menyulam benang2 cinta ini melalui pelbagai ranjau suka-dan duka.

Tiada apa yang istimewa tentang hari meraikan cinta pada 9 November yang lalu. Yelah. setiap hari pun hidup berdua di teratak cinta kami jadi cuma keluar makan bersama2 teman yang juga menyambut 2nd anniversari mereka di Bora Ombak..

Terasa jugalah kegirangan kerana dapat berbual2 ditemani bayi comel mereka yang baru masuk 3 bulan.

Terima kasih Tuhan kerana memberikan kami kebahagiaan ini biar dicerca oleh orang2 di sekeliling yang tak pernah puas dan tak pernah rasa cukup dalam kehidupan.

Tak merasai mati badan dek umpek koji oghang..

What Will You do?

Diri anda ditohmah dan diburuk2kan tanpa sebab oleh insan yang cukup anda hormati selama ini?
Tentulah sakit hati dan kecewa kan?
Perlukah anda bersemuka, dan bertegang urat yang hanya akan lebih mengeruhkan keadaan?
Adakah itu bermakna anda pengecut?
Bukanlah orang lain yang menyampaikan berita itu ketelinga nipis ini tetapi adik-beradik ibu sendiri yang tak tahan mendengar kelancangan mulut orang itu terhadap diri ini.

Suatu hari:

Saya melihat wajah ibu yang kemurungan
Seolah menyimpan sesuatu..
Tatkala melihat wajah saya, saya tahu ada sesuatu yang ingin ibu sampaikan.

Tiba2 ibu melarang aku dari berhubung atau pergi ke rumah makngah lagi.
"Kenapa?" tanyaku
"Macam2 yang makngah kau cakap memburuk-burukkan kau di belakang."
Dan mulut ibu terus bercerita..
Meluahkan kesedihan dan kekecewaan dihati.
Tergamaknya makgah mengata dan memburukkan anak ibu yang cukup mesra+sayang+hormat pada keluarga adiknya itu.

Dalam gejolak perasaan yang bercampur-baur,
Aku berkata pada diri sendiri:Inilah racun tuba yang makngah curahkan biarpun selama ini sejak kecil lagi aku sayang dan hormat akan keluarganya.
Sedih, pedih kecewa menelan pahitnya hempedu kehidupan.

Terus aku menghantar sms pada makngah mengucapkan terima kasihla atas segala kata-2 nista yang dilemparkan. Sekadar untuk menjelaskan yang bukan aku tak tau dia dok ngutuk aku kat belakang walaupun tindakan aku itu tak direstui ibu.

Selama ini aku hanya bisa mendengar bukan sahaja ibu malah adik-beradiknya yang lain cukup terkilan dgn sikap adik kedua ibu aku itu namun, itu hal mereka adik-beradik, aku malas nak campur walaupun terselit juga geram di hati kerana ibu yang banyak kali terasa dgn sikapnya.

Sedikitpun aku tak mencanangkan hal ini kepada jaringan keluarga yang lain jauh sekali mengharap mereka berdiri menyokong aku. Aku tak hidup dengan belas ehsan orang lain.

Tak hairanla kalau anak-anaknya turut menghentam aku dalam penulisan juga kerana mereka juga tau sakit hati seperti aku yang ditohmah xpasal2 ni kan.

Yang kelakar, ada juga yang konon nak lempang sebab tak takut yg aku ada laki. Skurang2nya ada jugalah yang sudi jadi laki aku daripsda si dia yang tak laku2 sampai sekarang.

Teringat kata2 mak-mak sedara yag lain, tak payahla carikan jodoh untuk 'dia' nanti buat malu je sebab 'dia tu buruk perangai.

So what will u do jika disakiti darah-daging sendiri?

Takkanla nak mengamuk tak pasal2 kalau takde yang mengusik kan?
Bodoh ke hape?
Sendiri boleh pikir..

Sunday, September 20, 2009

Lebaran Indah


1 Syawal menjelma lagi..
Tahun ini kali ke2 aku meraikannya dgn suami tersayang..

Pagi-2 lagi pukul 5 dah kene bangun bersiap untuk bersiaran di pagi raya..
Kesian hubby, terpaksa heret dia sekali temankan aku konti di pagi raya..

Shahdu terasa tatkala berkumandang suara takbir Aidilfitri,
lebih2 lagi menerima sms peribadi dan ucapan raya yang dikarang Bie..

Aku lantas meninggalkan konti seketika..
Bersalaman dengan Bie memohon ampun dan maaf di pagi Syawal yang mulia..

Selesai bersiaran jam 9 pagi, Fajar Syawal baru sahaja mencarkan sinar..
Terus sahaja ke rumah ibu mertua..
Bersalaman memohon maaf sesama keluarga dan sanak-saudara..

Riuh-rendah suasana,
Menikmati juadah masakan emak mertua..
Berkumpul & bergambar bersama..

Selesai di rumah mertua terus ke Nilai ke kampung ibu pula..
Bertemu abah & induk, ibu & ayah serta sanak-saudara..
Yang menanti dengan warna-warni baju raya..
Comel2 dan segak2 belaka semuanya..
Konvoi raya pun bermula ke rumah nenek saudara..

Lalu ke kampung ayah pula..
Di Kuala Pilah menziarah kubur dan ibu-bapa saudara..
4-5 rumah sekampung, diziarah semua..
Rendang, ketupat, lemang dirasa semua..
Senja Syawal merangkak tiba, masih belum selesai beraya..

9 malam sengal badan mula terasa..
Pun belum selesai beraya..
Ikut ayah ke rumah uwan pula..
Beramah-mesra hingga tengah malam tiba..

Aduhai letihya tak terkira..
Tetapi itulah kemeriahan raya yang dirasa..
Hati riang tak terkira..
Syawal terisi penuh bermakna..

Thursday, August 13, 2009

Ramadhan..

Ramadhan menjelang tiba..
Kemeriahan kian terasa..
Biarpun menahan lapar dan dahaga,
Hati bahagia menjalani suruhan-Nya..

Kegembiraan jelas terlukis..
Di wajah setiap hamba..
Kecil besar tua muda..
Tatkala tiba waktu berbuka..
Juadah tersedia seribu mata..

Ada juga yang berlapar dahaga..
Tanpa mendapat apa-apa..
Kerana ikhlasnya tiada..
Mengeluh-kesah senantiasa..

Semangat kian membara..
Mengabdi pada yang esa..
Tarawih, sedekah dan tadarus semua..
Untuk merebut pahala berganda..

Tercuit rasa di hati,
Mengenang ragam ummat berpuasa..
Mencari pahala pada Ramadhan cuma..
Kembali alpa setelah Syawal tiba..

Bukan niat untuk mengata,
Sekadar perbetul diri jua..
Semoga mendapat berkat di bulan mulia..
Bersama-sama mencari keredhaan-Nya..

Wednesday, August 12, 2009

Naddy's Bakery Now Opening..

Salam buat semua..

Hari ini aku amat gembira kerana hari ini hari pertama Naddy's Bakery mula beroperasi. Tapi disebabkan semalam takde air, tak banyak bakeri yang dapat dijual hari ni tapi ada juga kuih-muih untuk minum petang dijual seperti karipap, dan roti sardin. Esok lusa akan bertambahla lagi kuih, kek dan roti yang akan dijual.

aku juga gembira dan bersyukur kerana sekarang da ada seorang pembantu yang akan jaga kedai sepanjang hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Jadi, taklah aku terkejar2 kesana-kemari.

Cuma, signboard je belum pasang lagi. Buat sementara ni, cuma pasang bunting di depan kedai je dulu supaya senang nak di cari.

Insyaallah, lepas raya nanti akan beroperasi sepenuhnya dengan pelbagai jenis kek yang lazat! Maklumlah, tak lama lagikan Ramadhan, jadi kami fokus untuk jual kuih-muih untuk berbuka puasa je dulu.

Pada kawan2, jemputla singgah ke kedai bakeri saya dan doakan kejayaan saya ye..

Jumpa lagi..

Thursday, August 6, 2009

Bisnes..Bisnes..

Salam buat semua...

Wah... sejak 1 August yang lalu aku dengan Bie telah secara rasminya memulakan perniagaan kantin di Inmaju Driving School, Jalan Labu Seremban. (Kalau senang singgahle..)

Kebetulan juga pada hari tersebut kami kene siapkan tempahan makanan untuk majlis harijadi dan juga sebiji kek. Agak kelam-kabut gakla sbb ayam cukup2 je. Nasib baik ibu yang masak.

Jadi setiap hari, takdela aku bangun lewat lagi sbb setiap hari kene bangun pukul 6 pagi untuk bersiap ke pasar dan kantin. Buat masa ni bolehla aku balik rehat waktu petang sbb kantin pukul 2.30 da tutup da. Tapi mulai minggu depan, kedai Naddy's Bakery akan mula beroperasi. Jadi aku akan sibuk membuat kek dan roti setiap hari malah tiap hari lepas kantin, aku akan jaga kedai bakeri pula dari 2.30 hingga 6pm sampaila raya nanti sebab belom ade pekerja. Tapi bulan pose nanti aku akan jual kuih-muih untuk berbuka puasa. Mcm2 kuih ade dan saya buat sendiri tau.(Datangla ye, kat depan wisma punca emas sebelah klinik pakar mata)

Harap2 dapat sambutan, maklumla kedai baru. Sebab bulan pose nanti kantin tak bnyk sale, so harap dapat cover la..

Ok, buat masa ni tu jela yang dapat diceritakan.

Thursday, July 16, 2009

Rezeki..


Saya sangat gembira dan nervous jugak at the same time skang nih sebab mula 1 august nanti saya dan hubby akan mula ambik alih perniagaan kantin daripada mak abah mertua saya dia Driving School Inmaju Jalan Labu Seremban.

Itu adalah perancangan asal tapi dengan tak semena-mena Allah bukakan satu lagi pintu rezki buat saya dan hubby apabila tanpa perancangan khusus saya telahpun menandatangani kontrak sewa bangunan kedai untuk dijadikan kedai kek dan gubahan bunga.

Rasa macam tak percaya dan mimpi pun ade jugak sebab selama ini saya tak pernahla bercita2 nak buka bakery sbb cita2 saya nak buat butik pengantin. Walaupun selama ni saya cuma buat bisnes tempahan kek dan cupcakes dari rumah sebagai hobi saya. Tapi Allah itu lebih mengetahui apa yg terbaik buat saya jadi saya mat2 bersyukur dengan rezeki yang datang ni.

Sekarang saya dan hubby harus bekerja dengan lebih tekun untuk masa depan yang lebih cerah insyaallah..

Well, perniagaan kek dan bunga saya terletak di tengah2 bandar Seremban berhadapan dengan bangunan Wisma Punca Emas. Insyaallah akan mula beroprasi sebelum bulan Ramadhan nanti. Selain dari pelbagai kek dan bunga, saya juga ada jual roti dan kuih-muih minum petang.

Saya juga amat terharu dan berterima kasih dengan owner bangunan tersebut iaitu Datuk M. Ramalinggam Setiausaha Agung Majlis Jaksa Pendamai yang sangat baik dan melayani saya seperti anak walaupun baru sahaja berkenalan. Lebih2 lagi wajah saya juga agak mirip dengan wajah anaknya yang berdarah campuran India-Cina. Beliau banyak memberikan nasihat dan bantuan pada saya untuk saya berjaya dalam perniagaan yang saya usahakan ini.

Sesiapa jua yang mengenali Datuk Ramalinggam ini pasti akan bersetuju jika saya katakan beliau adalah seorang tokoh korporat yang sangat merendah diri, jujur dan baik hati pada semua tanpa mengira bangsa dan agama. Saya amat memandang tinggi pada beliau di sebalik ketokohannya, beliau seorang yang penuh karisma, kebijaksanaan dan kesantunan dalam tiap patah perkataannya.

Jadi, kepada semua rakan2 saya dan anda yang membaca nukilan saya ini diharapkan dapat mendoakan kejayaan saya dan sudi-sudilah singgah ke Naddys Cakes & Flower Decorations apabila saya mula beroperasi nanti.

Sunday, July 5, 2009

Berlumus Tepung..


Kalau melihat pada tajuk cerita aku kali ni pasti ade yang tertanya2 apakah yang berlaku sebenarnya..

Hehehe..
Aku memangla selalu ambil tempahan cakes & cupcakes tapi aku belum pernah terima tempahan yang begitu banyak untuk disiapkan pada hari yang sama. Ada beberapa tempahan kek kahwin setingkatla, dua tingkatla, cupcakes la dan sumenye nak hari Sabtu.

Jadi akupun bertungkus-lumusla menyiapkan semua kek2 tersebut pada hari Jumaat dengan bantuan adik perempuan aku yang sangat sweeeetah.. Hmm.. dan juga bantuan cemas oven ibu untuk melancarkan kerja-kerja bakery.

Dari pagi lagi aku dengan adik aku sibuk bagaikan lebah di dapur sampailah ke malam dok menyiapkan semua tempahan kek tersebut. Oleh kerana adik aku tak pernah buat kek, jadi kebanyakan kerja sume pun aku kene wat sendiri la kan. Adik aku hanya perhati dan belajar sambil membantu aku menyukat dan mengayak tepung serta mencuci segala peralatan untuk digunakan semula. Kalau dia tak tolong, masak gak la aku ari tu.

Oleh kerana banyak sangat kek, jadi peti ais aku pun da tak muat. Aku panic seketika tapi nasib baik Pijai datang malam tu ambik cupcakes yang dia tempah untuk hantaran majlis pertunangan dia ari ni. Barulah rasa lega sket sebab ada la ruang utk aku simpan kek-kek yang lain.

Oleh kerana aku telah bekerja sejak pagi, maka pada malam tersebut kedua2 tangan aku da rasa sakit giler sampai rasanya nak mandi pegang sabun pun tak larat..

Itulah rezeki namanya kan..
Walaupun penat giler sampai tangan sakit2 tapi aku puas hati la dengan hasil kerja seni yang aku da buat bila tengok kek-kek tu sume posing chantek je dalam peti sejuk.

Itulah kisahnya satu hari aku berlumus tepung..
Keesokannya seharian aku menemani Jai pergi cari keperluan akhir untuk majlis tunang dia. Well, walaupun penat tak ilang lagi tapi aku seronok jugakla teman Jai pergi cari-2 barang sambil bersiar2 dengan keta mini cooper yang sangat bergaya.

Tapi satu hal kalau naik mini cooper, bila orang pandang kita toksahla nak dok perasan yang kita ni jelita ke manawan sebab diorang sebenarnya pandang keta mini cooper tu. Hehe...

Tapi yang tak syoknya sebab tangan aku masih sakit, nak tolak tarik pintu ketapun bagaikan satu cabaran buat aku. Tapi akhirnya semua usaha berbaloi sebab Jai cantik sangat waktu majlis tunang dia arini dan segalanya berjalan lancar. She looks like a million buck plus ari ni birthday Jai. Best giler dia sebab birthday dapat cincin diamond dari Jemal yang berseri-seri dengan baju melayu dan samping dia..

To Jai, congrats babe! Love u much n this also goes to all my besties gak. AH,Nat,GG,Mai..

Wednesday, May 27, 2009

Bangkok..




Wah....
Baru2 ni aku ke Bangkok bercuti bersama Mr. Hubby, Ada, Nat & Fairul. Best bangat!

Kami sampai di Bangkok pada Jumaat malam menaiki pesawat Air Asia Thai dan tido ramai2 kat apartment Fairul. Makan malam bersila ramai2 di bilik dgn hidangan nasi goreng yg Fairul masak dan ayam yang digoreng oleh Miss Ada.

So, that night we all had our pillow talk sehingga tak sedar malam kian larut dan masing2 da penat serta tak sabar nak memulakan ekspedisi menjelajah Bangkok.

Aku sendiri tak percaya yang aku boleh bangun seawal pagi selepas Bie untuk mandi dan bersiap sedangkan yang lain masih lagi lena di pembaringan.

Jadi oleh kerana aku da siap, so aku pun tolong gorengkan cekodok dan bancuh Nescafe untuk santapan sarapan pagi buat semua...

Wah, awal2 lagi Fairul da dera kitorang sume jalan kaki dan turun naik jejantas menuju ke jeti untuk menaiki bot ke bandar. Tapi ianya taklah seindah yang disangka kerana kami menaiki bot tambang yang melayari sungai kotor ibarat sungai kotor belakang pasar besar Seremban..

Bayangkan! Dan kami juga harus berdiri berhimpit kerana bot tambang tersebut begitu sesak. Dalam pada itu, sempat juga bergambar dan menikmati pemandangan tebing yang rata2nya belakang umah orang atau bangunan kedai..

Sampai di bandar sudahpunpun tearas kehangatan mentari menggigit kulit walaupun waktu ketika itu baru sahaja menjejak 10 pagi dan shopping complex pun tak bukak lagi. Kami pun sibuk la bergambar sana sini..

Selepas itu harus jalan kaki lagi ibarat merentas desa di tengah2 hutan batu yang berpenghunikan kenderaan2 lalu lalang dan kesibukan kota. Hingga la kami tiba di Bangkok Train Station (BTS). Kami berehat seketika untuk melepaskan lelah dan dahaga.

Kami menaiki tren ke jeti Sungai Chao Phraya pula untuk menaiki bot ke floating market sambil menikmati pemandangan dan cara hidup di Thailand. Ia merupakan aktiviti yang seronok walaupun air Sungai Chao Phraya begitu keruh dan kotor namun kami dapat duduk dengan selesa membiarkan bayu Thailand menghembus dan membelai wajah. Sesekali terpercik juga air chaou phraya ke wajah..

di floating market, banyak peniaga menjual pelbagai jenis makanan yang lazat2 namun kami hanya mampu memandang dengan perut yang lapar kerana rata2 makanan yang dijiaul tidak halal. Hanya boleh jamah buah2an dan udang galah segar yang sangat gemuk dan manis. Dicicah dengan sos khas cili api yang sangat lazat..

Dari Chao Pharaya kami berjalan lagi untuk ke BTS menaiki tren menuju untuk makan tengahari di sebuah restoran melayu. Alangkah leganya, rasa seperti berada di negara sendiri bila kami dapat makan makanan malaysia sambil menonton Astro Malaysia di restoran tersebut.

lepas makan, kami pergi menonton wayang pula dan ini juga satu lagi pengalaman berbeza bagi kami semua. Panggung wayang mereka sangat cantik dan selesa malah ade ruangan menunggu yang diletakkan sofa untuk duduk atau baring sementara menanti waktu menonton. Ketika di dalam panggung wayang, selepas iklan, kami semua harus berdiri menghormati lagu negara Thai dimainkan. Boleh tak..?

Tandas di Thailand juga menyukarkan umat Islam beristinjak kerana tiada paip air di sediakan. Cuma flush dan tisu tandas. Jadi kalau nak ke tandas, harusla bawa wet tisue untuk kegunaan peribadi..

Selesai wayang, kami membeli-belah di salah sebuah mall iaitu MBK yang menjual pelbagai baranganyang murah2.. Jadi kami shopping sampai malam, sampai kaki dah rasa cam nak patah baru ingat nak balik..

Hari kedua di Thailand, kami menaiki tren bawah tanah ke Cha Tu Chak Park dan membeli belah di JJ Market. Kat sane, carilah ape saje. Mak bapak je takde sebab ade lebih seribu kedai menjual pelbagai barangan yang murah2..

Kami balik semula ke apartment utk makan tghari. Sampai je kat bilik, dah tebau harum nasi yang Fairul masak dan lauk ayam panggang yang sangat lazat yang Fairul beli sebelum dia ke kelas. Jadi kami berempatpun makan dengan penuh selera..

Agak2 petang sket, sementara tunggu Encik Fairul balik dari kelas, kami pergi urut refleksologi kaki. Wah sangat sakit! tapi kau pasrah dan menyerah saje la demi kesihatan. Lepas urut, badan dan kaki rasa ringan sangat..

Jadi malam tu kamipun keluar dinner makan steam boat yang teramat lazat boleh? Hanya 130 Baht seorang (RM13.00) untuk makan ape saje sampai kenyang!Pasti takkan dapat dilupakan!

Pagi hari ketiga, Shuhada da kene balik sebab flight dia pagi kul 10, so lepas hantar dia ke airport Suvarnabumi, kami jalan2 di Tesco Thailand untuk habiskan duit. Hehehe..

Nat, Fairul & Bie ambil kesempatan untuk urut kaki dan aku lepak je tgk diorang sambil minum kopi kat tepi tue..

Then, tghari sekali lagi makan ayam panggang lazat dengan nasi pulut yang enak lazat sebelum kembali ke hotel untulk ambik beg pulang ke tanahair..

Saya sangat seronok dapat bercuti dan jalan2 lebih2 lagi dgn suami disisi dan keletah teman2 baik yang gile2..

Saya juga seronok belajar bahasa Thai dan berkomunikasi dgn peniaga2 Thai walaupun tau sesikit je.

Saya seronok dapat pulang ke tanah air dengan selamat walaupun hati saya rindu akan kota Bangkok. Saya pasti akan datang lagi dengan kefasihan pertuturan bahasa Thai..

Insyaallah..

Monday, May 18, 2009

Sweet Escape




Hooray!

Pagi ini 11 Mei 2009 aku bangun dengan semangat yang girang kerana hari ini aku dan Bie bersama2 keluarga mertua akan berkelah di Lata Kijang Jelebu.

Kira2 pukul 8.30 pagi kami semua dah gerak dari umah mak menaiki 3 kenderaan. Van, 4x4 dan keta Bie sebab perkelahan kali ini ramai yang ikut sama.

Sampai di Jelebu, singgah di rumah keluarga birasku di kampung Chennah kerana mereka juga akan turut serta bersama2 kami.

Ku fikirkan perjalanan ke Lata Kijang itu lancar namun aku ternyata silap kerana jalan menuju ke air terjun tersebut pecah2, berbatu2 dan amat mencabar lebih2 lagi jika menaiki kereta. Perjalanan menambil masa lebih kurang 45 minit sejauh 23km. Rasa nak terkentut2 untuk sampai ke destinasi tu.
Sementara tu, mak birasku turut menyertai kami hanya dengan menuggang kapcai je dari bawah sampai atas. Brutal giler makcik tue. Lekk je bawak motor dari bawah sampai atas. Kalo nak tau, makcik tu boleh lek je bawak motor sensorang dari Jelebu ke Seremban dengan takde lesen pun. Pergh.. wa salute la makcik tue.




Namun, semuanya berbaloi kerana kami dapat menyaksikan air terjun setinggi 80meter yang begitu indah. Walaupun demikian, kami tak berkelah di tepi air terjun tersebut kerana kawasannya yang agak curam dan berbahaya. Sebaliknya, kami ke kawasan yang lebih landai dan airnya agak cetek paras lutut.




Sampai di kawasan perkelahan, kami mendirikan 2 biji kemah. satu kemah bertutup untuk menyalin pakaian, satu lagi kemah yang bertiang 4 segi untuk beristirehat. Mak abah pula sibuk menghampar tikar, pasang generator, kipas. radio & mendirikan meja untuk meletakkan makanan. Kami juga membawa dapur dan tong gas untuk menggoreng. Pendek kata, kami bawa semua peralatan ibarat berkampung la kan di tapak perkelahan tersebut.




Seronok bangat dengan riuh rendah ipar duai dan anak2 buah yang mandi-manda dan bergurau senda. Nasib baik ada bawa bola tampar, jadi kami semua tak kira kecik besar dari tadika hingga la ke bapak budak berkumpul dan pecah kepada 2 team untuk main bola tampar dalam air jeram yang paras lutut. Seronok melihat pelbagai aksi2 stunt ahli2 kedua-dua team semata2 untuk mendapatkan bola.




Bagi aku pula, memangla takde bakat langsung main bola tampar. Posisi aku umpama lubuk emas bagi pihak lawan sebab aku tak pernah dapat pukul bola yang sampai. Tiap kali bola sampai je, ahli2 pasukan aku yang lain pula yang terpaksa back-up sebab bila bola sampai je, aku pejam mata takut nak pukul. B pulak main ikut team lawan. Cis! Tapi tak kisahla kan. Yang penting we had loads n loads of fun!




Memula kesian gak kat boyfren adik ipar aku yang turut serta, kononnya taknak mandi jadi dia tak bawakla seluar mandi. Dahtu, menyesal sebab tgk kitorang sume seronok giler mandi-manda. Akhirnya, dia pakai juga seluar madi abah mertuaku. Jadi, abah masuk air pakai seluar slack dan balik dengan kain pelikat je sebab dah takde seluar. Lawak sey...




Mak pulak sibuk menggoreng ayam dan makanan lain untuk anak cucu dari atas tebing jeram. Mak takut nak masuk air sebab air jeram tu sejuk giler. Lagipun badan mak berat, susah nak turun naik. Hehehe...(Sorry mak)




Dalam kul 2 lebih sume orangpun da penat dan masing2 kelaparan. Aku dengan Bie, naik tebing makan nasi sementara mak & abah lepas solat zuhur hanya berehat dan baring2 dengan bantal yang dibawa sambil memerhatikan kerenah anak cucu yang masih berendam dalam jeram.




Lepas makan tengahari, sesi bercinta pulak la kan dengan Bie. Kitorang turun balik dalam air tapi cari spot yang agak jauh dan sunyi dari ahli keluarga yang lain untuk mandi berdua-duaan sambil membicarakan soal hati dan perasaan. Cewah...




Tapi saat2 tersebut sememangnya kenangan yang takkan kulupakan sepanjang hayat. Oleh kerana air jeram yang agak cetek, kami berdua dapat baring2 dalam air. Badan dan kaki dalam air sementara kepala B berbantalkan pasir sungai dan kepalaku berbantalkan lengan B memerhati dan menghayati keindahan alam semulajadi yang begitu damai dan nyaman udaranya tanpa sebarang gangguan, tanpa sebarang bicara..




Agak2 pukul 4 lebih kami semua bersiap2 untuk menyalin pakain dan mengemas apa yang patut. Yang paling tak dapat ku lupakan ialah tatkala semua barang telah siap di susun dalam kenderaan 4x4 angah, kami semua turut panjat belakang Ford Ranger ramai2 untuk mengharungi sungai ke tempat letak kereta. Saat2 4x4 nak masuk dalam sungai, semua perempuan yang panjat2 kat belakang termasuk aku menjerit2 keseronokan dan pada masa yang sama cemas jugakla kan sebab kami masing2 hanya berdiri sambil berpaut pada apa saje yang sempat dipegang sedangkan sewaktu merentasi sungai tu, penuh dengan batu yang berbonggol2. Kalo jatuh, mampus! Bayangkan dekat 7-8 orang yang panjat belakang 4x4 angah tu sambil terjerit2. Macam pelarian atau jakun naik roller coaster pun ade gak la kan..




Wah... seronok dan letihnya rasa badan. Sekali lagi kami harus menempuh jalan berliku dan berbatu sepanjang 23km untuk sampai ke bawah dengan melalui perkampungan orang asli dan ladang getah. Singgah semula di rumah keluarga birasku untuk minum petang dan gerak balik sekitar jam 6.45 petang.




Sampai rumah, masing2 da melepet kepenatan. Aku ni ha rasa cam nak demam je. Tapi perkelahan ini takkan berakhir di sini saje kerana bulan June nanti sempena B'day Agung kitorang nak pergi lagi bawak korum yang lebih ramai lagi dan betul2 camping tido sane.




Syioknye!!!!

Wednesday, April 15, 2009

Sepetang Bersama Ibu..

Hari ni ibu cuti
Ibu datang rumah untuk sama2 buat kek dan puding
Serononoknya!
Pertama kali bersama2 ibu di dapur membuat sesuatu bersama
Segala bahan telah tersedia
Nak buat puding roti
Dari buku resepi ibu..
Segalanya mudah dan lancar
Puding roti sedang dibakar dalam ketuhar
Nak buat kek lain tak cukup bahan
Lepak dgn ibu tengok telenovela
Sambil menikmati secangkir teh..
Hari kian petang
Ibu pulang dulu
Malam nanti singgah rumah ibu
Juga rumah mak
Untuk hantar puding roti yang lazat..
Terima kasih ibu..

Tuesday, April 14, 2009

Seronoknya!!


Aku sangat seronok sejak 9 april yang lalu kerana pada hari tersebut genapla 26 tahun aku hidup di mukabumi Tuhan ini..

Sehari sebelum itu, Bie mengajutkan aku dengan sebiji kek comel yang dirai kat umah baby n fadil. Aku gembira walaupun hanya kami berempat, kerana terdapat seribu pengertian disebalik kek comel yang Bie hadiahkan buatku. Aku saje yang tau..

Esoknya, sepanjang hari aku di pejabat tetapi walaupun Bie letih balik kerja kami tetap keluar makan malam meraikan harijadiku di Nilai bersama abah & induk tersayang..

Tiada apapun yang meriah pada harijadiku namun aku meraikannya dengan insan2 tercinta dalam hidupku. Bagiku, ia sudah cukup bermakna..

Hari Sabtu malam minggu pula keluarga mertua ku buat sambutan harijadi bagi kami sume yang menyambut hari lahir sepanjang bulan April ini..

Aku telah bertungkus lumus menyiapkan sebiji kek perisa kopi dengan hiasan fondant. Keluarga mak yang lain pula sibuk menyediakan juadah lain dan barbeku..

Seronoknya, rumah mak penuh dengan anak cucu...
Meriah dengan telatah anak2 buah yang riuh dan nakal..

Sambutan tidak berakhir pada malam itu kerana esoknya kitorang sume ramai2 pergi mandi air terjun kat Ulu Bendul! Mak dgn abah je tak ikut sebab sibuk di kantin.

Kedinginan air terjun tak menghalanng kami semua untuk berendam dan bergurau senda sehingga tak sedar hujan mula turun. Namun, tetap tak berganjak dari kolam. Mandi dan makan makanan yang dibawa memang suatu kepuasan..

Balik dari berkelah terus sahaja beristirehat. Semua orang pun tidur bersepah kat umah mak tapi kami balik umah sendiri la untuk berehat dan melelapkan mata. Tambahan lagi dengan suasana hujan renyai2 di luar. Best giler!

Hujung minggu yang menyeronokkan telah berlalu tetapi oleh kerana Isnin tu aku dengan Bie tak keroje, so kitorang pun berkaraoke sampai lebam dan sambung tengok movie kat wayang. Jalan2 jap n pergi makan malam..

Barulah balik umah dan beristirehat. Seronoknyer bile sentiasa ade teman baik yang bersama2 kite dalam apa jua keadaan pun. Dialah teman, suami dan kekasih hati ku..

Hari ni masing2 da kerja. Balik kang la baru jumpa.

Thank you Bie...

Saturday, April 4, 2009

Cupcakes..

Hmm..
Baru je abis on-air di hujung2 minggu ni.
So, drop by jap surfing the internet n facebook while waiting for my crops to be harvest in a few minutes at my farmtown..

Well, ari ni balik kang nak terus gi lunch with hubby coz perut da lapar dan tak koser nak main pondok2 kat umah. Sebab lepas lunch nanti nak terus siapkan tempahan cupcakes yang harus di hantar petang ni jugak.

Hehe..
Well citer pasal cupcakes, now i'm quite bz baking cupcakes to supply at a few shops n cafe in Seremban. I'm happy with the progress of my little bizz. Now expanding to another few place to supply. That means, I'll get even bz.

Hmm.. tu belum kira bila ade tempahan. Tapi saya sangat gembira membuat dan menghias cupcakes yg comel lote..

Oh ye, kalau anda berminat nak tempah ke boleh la layari bizzblog saya:
naddys-deco.blogspot.com

Tapi banyak lagi gambar cupcakes yg belum upload. Nanti ade mase, baru nak upload.
Ok, sampai sini dulu.
Chao...

Wednesday, March 25, 2009

Evening Rain..

The rain was falling outside & electricity was out of service.
So, I lit a few aromatic candles n placed them around living hall.
Nothing much I could do..

So, I lay on the sofa listening to my favourite love songs
while watching the rain falls..
All alone..
Certainly brought back all those memories..
Such tranquility I felt & I thank God for that..

The sounds of thunder were like drums playing along
with the melody of raindrops falling on the roof..

When the rain had stopped, I went out juz to feel the cool air & breathe freshly..
I juz love the smell of wet grass n view drops of rain on each petal of my blooming flowers..

It was almost dusk.
I could see the sun sinking on the west side approaching for the night to come..
The evening rain had cleared up the heavy clouds.
Tonight, thousands of stars would scattered blinking
on the chest of the night sky..
And the moon would appear with its shine & beautiful smile...
That night, I sat under the the night sky with hubby
Watching the stars n talk about love & life..

Saturday, March 14, 2009

Kesayanganku..

Di antara bunga-bungaan yang mekar, Ada sekuntum mawar
Di antara batu-batu yang bertaburan, Ada sebentuk berlian,
Di antara para sahabat, Ada kesayangan,
Di antara kesayangan, Ada kamu..
Kesayanganku..

Thursday, March 12, 2009

Soal Hati..

Pernah terfikir mengapa apabila kita marah, kita akan meninggikan suara dan menjerit pada satu sama lain?

Tatkala amarah menguasai diri 2 insan, hati akan merasa jauh. Oleh kerana itu, masing2 akan menjerit pada satu sama lain agar suara hati dapat sampai pada hati yang kian menjauh..

Sebaliknya..

Tatkala 2 insan sedang asyik bercinta, hati mereka menjadi begitu dekat. Bicara yang lemah lembut sahaja sudah cukup untuk mendengar dan meluahkan rasa hati.

Tatkala cinta semakin kuat, hati juga kian merapat. Kerana itulah, hanya dengan bisikan sahaja sdah cukup untuk mendengar suara hati ke hati.

Cinta sejati pula akan menyatukan dua hati. Apabila dua hati telah bersatu, sebuah renungan yang penuh erti bisa mengungkapkan seribu makna pada dua insan yang bercinta.

Kesimpulannya, amarah menjadikan kita jauh hati dengan insan sekeliling kita. Dan hati yang jauh itu juga seringkali terguris dengan kata2 nista yang terluah daripada persaan marah.

Cinta pula mendekatkan 2 hati yang jauh.

Biarlah sekuat manapun badai yang melanda, kawallah perasaan marah dan lidah agar tiada insan yang berjauh hati atau memutuskan hubungan dengan kita.

Monday, March 9, 2009

Check this out!





Nabbr.com

Wednesday, February 18, 2009

Perfect Day..


Today, I woke up at 10 but snuggling comfortably on bed till 11. It's good to have all the sleep I need. So, today I'm fully recharged..

Went to the kitchen to clean up the dishes & made myself a breakfast. Then, watching movie & sipping coffee with butterscotch. Nice..

Enough of that, I went vacuming the bedroom n open the windows.. Felt the fresh air n sunlight caming in & changed a new sheet..

Then had lunch with Nisa at Secret Recipe, whom I haven't seen for sometimes.. Really had a lot of stories to catch up..

Later at 5, I went home, meet hubby n goofing around. Then It's time to jog. Nisa will meet me at the lake garden. So good to have a brisk walk n chat with her. I haven't exersize n sweat like this for like a year due to pregnancy. It feels so good.

It's already maghrib when I reached home, so had my shower n perform the solah then went candle light dinner with hubby .

Drop by at my mom's house n have a little chat. She gave me oven proof caserole. =)

Around 11 we went straight back home n prepare to sleep. Cuddling & pillow talk. Definitely a goodnight sleep.

What a perfect day today. I wish I could live everyday like this with different fun activities yet still have loads of money...

Wednesday, February 11, 2009

Aku Bergendang Lagi..

Lucu betul melihat ragam seseorang yang melatah hingga terpaksa menarikan rentak gendang yang aku iramakan..

Sengaja aku melagukan irama kerana, kalau dia berdiam manakan dapat aku mencari sebab dan alasan. Maka, aku mula memukul gendang memancing perhatiannya lantas menggali jawapan pada persoalan.

Aku hanya tersenyum sinis tiap kali dia kepenatan menarikan irama gendang ku.

Cukuplah, kesian..

Monday, February 9, 2009

Kisah Seorang Teman-3 Caranya & Caraku Berbeza

Biarpun semenjak dua ini pelbagai persoalan bermain di benak ku tentang perihal seorang teman yang tiba2 menjauhkan diri tanpa sebarang alasan, namun akhirnya dalam bahasa yang tersirat, aku menemui jawapan.

Aku sedikit lega kerana bersandarkan jawapan itu, aku tiada sebarang salah pun tatkala dia menjauhkan diri. Tetapi mungkin kerana kebijaksanaannya mengadili dan kewarasannya berfikir, dia terus meletakkan kesalahan di bahuku yang dia sendiri tak pernah tahu akan kisah sebenar disebalik apa yang didengarnya..

Seperti apa yang dia katakan, tiada manusia sempurna, tiada sahabat yang sempurna. Namun jika seseorang itu cuba menjadi sahabat yang baik,akan terasalah nikmatnya. Sekurang2nya aku telah melontarkan keikhlasan dalam persahabatan, menghulurkan bantuan tatkala dia kesukaran, mendoakan tatkala dia kesempitan. Tetapi oleh kerana dalam undang2 kehidupannya mendengar dari sebelah pihak saja sudah cukup untuk mensabitkan seseorang itu bersalah, biarlah. Itu cara dia, bukan cara aku.

Dan sekelumitpun tidak aku rasa bersalah jauh sekali untuk menagih pengampunan. Kerana aku tahu siapa aku, tahu apa yang aku lakukan dan lebih penting lagi aku tak punya mulut jahat untuk mengkhabar sesuatu yang jahat pada insan yang bergelar sahabat.

Caranya dan caraku berbeza..

Caraku, mencari kebenaran dengan berhadapan. Caranya membuat kesimpulan berdasarkan kepercayaan. Andai sekalipun seseorang teman itu nyata bersalah lalu memohon maaf, aku dengan hati terbuka menghulurkan salam. Kerana namanya Sahabat. Bukan memutuskan sepertinya yang memandang enteng harga sebuah persahabatan.

Setinggi manapun ilmu ditimba, belum tentu menjanjikan kebijaksanaan. Seringkali juga kebijaksanaan tak seiring dengan kematangan..

Kisah Seorang Teman-2 Today, I lose A Friend

Aku hangin satu badan hari ni..

Well, selama beberapa minggu ni aku pelik dgn sorang member ni. Dia semacam menjauhkan diri dari aku. Aku mati2 ingat dia ni ade masalah besar yang harus dia tangani, so aku biar je la dia dengan niat tak mahu mengganggu ruang hidupnya yang kusut tue.

Member aku sorang ni ade buat florist, but since she's not always there kedai dia ni bermasalah la.. Kene tipu je memanjang bukan sekadar pekerja yang tipu tapi expartner pun tipu jugak duit dia. So, dia minta tolong aku jaga kedai florist dia. Aku ni memang la payah nk bangun pagi tapi tak pernah pulak lari dari tanggungjawab. Walaupun bila jaga kedai dia, ada few times yg aku cukup2 terasa dgn dia tapi tak de la sampai nk putus kawan. Sampai satu hari, aku suh dia cari orang lain je la yang jaga kedai sbb aku nk berhenti. Malas nk pening2 kepala dan buatpe keje kalau rase mcm diri ni org salah kan? Niat aku nk tolong kawan, bukan makan kawan.

Memang memula tu cadang nk lepak dgn dia n be sraight forward tentang hati aku yang da terguris ni tapi disebabkan nk jumpe dia mcm nk jumpe artis, payah sgt aku sms je ckp nk berhenti.

Then she said "ko stayla, aku senang deal dgn ko n aku bukan ape, bz nk ujung tahun ni bnyk case nk kene close"

So then I stay. Lame2 aku lupekan jela kecik hati aku tue memikirkan kawan da lame sejak kecik. Sedangkan laki-bini pun gaduh, ni kan pulak member.

So, early last month, I was admitted to the hospital regarding complication of my pregnancy. She was still ok n told me to rest n took care of myself. Kedai, biar adik dier je yg jaga. Well, i never saw her since then.

From day to day, I could feel as if she's avoiding me without any concrete reason. But as I said earlier, I thought she has problems to settle..

Today, I tried to reach her again to tell her that i closed a deal for a wedding. So, I wanna ask her to join me to plan the wedding.

I was so shock when she didn't answer my call but sent me a sms said that "x pyh cari aku. Sesetengah benda ko kene let go. Aku ade alasan aku kenape aku mcm ni. Jgn buat aku mcm budk2. Kadang2 berdiam lebih baik. Sbb tu aku berdiam diri."

So, aku hangin la satu badan. Dia ni dah kenape? Mestila aku hangin kan sebab takde angin takde ribut she was acting like i was guilty for nothing. I ask her to tell me what was wrong but she remain silence.

Now, u tell me. Mcm mane dia boleh kate aku buat dia mcm budak2 sedangkan da berapa lame aku tak jumpe dia? Is it me or her that is acting like a child?

The least I could think of, maybe she heard something bad from someone else. Dia fikir berdiam itu lebih baik. Tapi, dia lupa yang bila jadi perkara sebegini, berdiam itu seolah mengiyakan tanpa melihat kebenaran.

Bukankah jika seseorang dewasa itu dapat berfikir dengan matang akan berhadapan dengan orang atau masalah yang dihadapi? Bukannye diam membisu dan biarkan oarang lain hangin satu badan seolah2 dituduh sebagai orang salah?

Lebih2 lagi bagi insan yang konon kerjayanya sering menegakkan undang2 dan mencari pengadilan. Adilkah seseorang yang dianggap bersalah itu terus dianggap bersalah tanpa dibuktikan dan dibicarakan kesalahannya? Tanpa ada peluang memberi kenyataan bela diri?

Itulah yang lucunya tentang member sorang ni. Sehingga aku sendiri terfikir, betulke dia ni kerjanya menegakkan keadilan?

So, today I lose a friend..

Tuesday, January 27, 2009

Something Fishy..

I just had a third miscarriage the other day..

One fine evening a few days ago, hubby was doing gardening when I suddenly told him that I wanted to buy colourful fish. So, hubby took me to his friend's house right away to get an aquarium..

Then, we went around town tu buy fish but since it was a Chinese New Year's eve, all the fish shop was closed. Then we went to Senawang, luckily there was 1 shop still open. We bought 4 to 5 sorts of colourful fish. I was having so much fun looking n picking all the fish.

Reached home, hubby cleaned up the aquarium n gave me the honour to let go all the fish into their new home..

But, there was a pair of Tiger fish which is so bad. They kept on chasing all the other fish in that aquariim. So, i took the Tiger fish out n put them in another place. Serves them right! The funny thing was when we put the two Tiger fish together, they went chasing each other. The bigger ones kept on chasing n bullying the smaller ones.

Sadly, the next morning, the smaller fish had died. So, hubby put the Tiger fish back into the aquarium. This time, it had changed. The fish behave nicely & didn't chase the others anymore. So, now, they live happily ever after..

Thank you so much dear Hubby..
I know u did all this to cheer me up n it certainly had made me happy.
Love u loads n loads...

Monday, January 19, 2009

Kisah Seorang Teman..

Aku terpanggil untuk mencoretkan kisah seorang teman yang tulus dalam kehidupan dan kasih sayangnya namun seringkali ketulusan itu dibalasi dgn hirisan luka2 tajam di hatinya..

Sekian lama sebenarnya aku terpisah dgn sahabatku ini lantaran mengejar impian dan cita2 di menara gading. Namun, permata yang hilang ini ku temui semula di majlis perkahwinanku seterusnya hingga kini persahabatan kami terjalin semula..

Banyak juga kisah2 kelukaannya yang diluahkan padaku. Jarang sekali aku mendengar sesuatu yang gembira untuk dia ceritakan..

Aku benar2 terkesima dgn titik hitam yang pernah dilaluinya hingga mengubah kehidupan dan persepsi dirinya.

Dengan ketabahan dan keimanan yang berbekal dalam dada, dia nekad mengubah hidupnya dgn mencari dan memberi cinta yang ikhlas. Namun, setiap kali itu juga cintanya dikhianati. Kini, dia sekali lagi terperangkap dalam mainan cinta yang kian melukai hatinya. Sabarlah teman. Aku mengerti kepahitan yang kau lalui..

Dugaan kian bertimpa melukai lagi hati kecilnya yang telahpun berparut seribu. Perlakuan saudara sedarah sedaging yang bagaikan tiada berperasaan benar-benar melukai hatinya dan juga ibu bapanya yang telah banyak berkorban demi menjadikan anak2nya insan yang cemerlang.

Aku juga seorang ibu.. Alangkah sedih dan kecewanya aku melihat kelakuan yang sanggup mengenepikan saudara dan ibu bapa sendiri malah tergamak menuduh sahabatku ini membeli ibu bapanya dgn duit.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku terlalu mengerti akan perumpamaan itu. Aku juga mengerti betapa sukarnya menelan kepahitan dan mengubati luka di hati. Namun, aku ingin sahabatku ini mengerti bahawa aku berdiri di sini sebagai sahabat yang tulus menyayanginya. Malah aku juga turut kecewa dengan apa yang dialaminya.

Sabarlah sahabat. Biarpun kau melalui detik2 kehidupanmu dgn seribu kelukaan di hati, namun setiap dugaan yang mendatang itu akan menghapuskan dosa2 silam andai kau laluinya dengan keredhaan. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dan aku percaya Allah merancang sesuatu yang terbaik buatmu..

Saturday, January 10, 2009

Bingkisan Untuk Suami..

Sekali lagi aku diduga dengan dugaan yang amat berat untuk ku terima. Semoga keimananku akan terus utuh menerima dugaan ini dengan tabah dan penuh keredhaan.

Hati dan fikiran ligat berfikir akan maksud di sebalik dugaan ini. Kandunganku buat kali yang ketiga mengalami komplikasi. Namun yang pelik, pada awalnya dokor tak nampak akan janin dalam kandunganku biarpun aku disahkan hamil. Bimbang dengan kemungkinan yang kandunganku di luar rahim, aku terus dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Namun doktor masih belum dapat melihat janin dalam kandunganku. Lalu aku ditahan di wad untuk melakukan ujian positif hamil sekali lagi dan ujian darah kerana dibimbangi kandunganku di luar rahim. Berat sungguh perasaan ini menerima kata2 doktor.

Sebelah malamnya, doktor mengatakan hasil ujian darah menunjukkan hormon kehamilanku yang tinggi namun aku harus bersiap sedia untuk melakukan pembedahan untuk membuang janin jika scan yang terakhir oleh doktor pakar masih tidak dapat melihat janin dalam kandungan, maka aku akan disahkan mengandung luar rahim.

Allah sahaja yang maha mengetahui gejolak perasaanku tatkala itu. Sementara menanti kehadiran pakar, aku tak putus2 berdoa dan berzikir memohon pada Allah agar kandunganku ini normal dan sempurna.

Alangkah gembiranya hatiku apabila buat pertama kalinya doktor dapat melihat ada kantung dalam rahimku lantas mengesahkan kandunganku normal & di dalam rahim namun ia sangat kecil kerana dikira baru 4 minggu lebih bukannya 7 minggu seperti yang dijangkakan. Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan kebesaranNya telah menampakkan janin dalam kandunganku. Aku disuruh tinggal di wad 2 hari lagi untuk mengambil sample darah dan scan semula bagi doktor membuat pengesahan bahawa kandunganku benar2 normal.

Namun pada pagi esoknya, doktor yang lain pula mahukan pembedahan kecil dilkukan ke atasku bagi memasukkan kamera ke dalam rahim untuk melihat objek sebenar dalam kandunganku kerana tidak berpuas hati dgn saiz janin. Sekali lagi aku berpuasa dan aku amat terkejut dengan saranan doktor tersebut. Semoga hati ini tabah menjalaninya..

Sebelah petangnya pula sekali lagi aku discan oleh doktor pakar yang lain pula. Kali ini aku terpana sekali lagi apabila hasil scan menunjukkan seolah2 kandunganku tidak normal. Kandunganku dilihat seperti kandungan anggur yang bermakna penyatuan kedua2 benih tidak sempurna maka harus dibuang. Ya Allah, apa sebenarnya yang cuba Kau tunjukkan..

Aku tak dapat lagi membendung kesedihan biarpun hati ini kuat menyatakan agar aku bersabar dan redha dengan segala ketentuanNya..

Tiada lagi senyuman terukir di bibirku. Aku benar2 memerlukan Bie pada saat itu. Alangkah sukarnya untuk mendapatkan zuriat. Sedangkan insan lain yang tidak mahukan zuriat bisa membuang anak merata2 bagaikan membuang anak kucing. Oh.. sabarlah hati..

Ya Allah, ku mohon agar kekeliruan ini akan berakhir dengan kegembiraan. Sesungguhnya demi cinta dan keikhlasanku terhadap suami, aku rela menempuh segala kesakitan dan keperitan demi untuk memberikannya bingkisan yang teristimewa iaitu zuriat yang soleh.

Sejauhmana aku juga inginkan cahayamata yang lahir dari hasil cinta kami, sebenarnya lebih lagi untuk melihat suamiku gembira dengan hadiah ini. Sesungguhnya aku tak sanggup melihat kekecewaan di raut wajah dan hatinya lalu kerana itu, aku sanggup mempertaruhkan nyawa membiarkan diriku hamil lagi dengan harapan semoga kali ini aku dapat melahirkan zuriat yang dinantikan selama ini.

Ya Allah, biarpun aku bukanlah isteri yang sempurna terhadap suamiku, namun aku mencintainya dengan setulus hati dan demi keikhlasan cinta ini, Kau takdirkanlah kandunganku ini sempurna dan dapat lahir ke dunia ini sebagai zuriat yang soleh dan beriman serta sempurna sifatnya.

Kerana ia akan menjadi bingkisan yang paling itimewa buat suamiku..

Thursday, January 1, 2009

A Sweet Escape On New Year..

Dah lama tak bercuti sakan mcm ni.. Syukur kerana segala perancangan berjalan dgn lancar. Bermula dgn Bie menjemput aku balik kerja untuk terus ke rumah IdaFaiz di KL bersama2 Fadil n Baby yang naik keta kitorang.



Sampai je rumah Faiz terus isi perut yang berkeroncong dgn masakan Ida dan lepak2 tgk movie.. Mcm biase, all the boys mesti cari alasan nak lepak kat luar so tinggallah kami para isteri ni dok bersembang sambil menanti kepulangan para suami. Sejurus mereka pulang, sesi boys activity masih lagi belum berakhir sebab diorang dok layan game pulak sampai pukul 2.30 pagi.. Well, aku agak je la sebab aku sedar Bie masuk tidurpun dlm kul 2 lebih..



Pagi2 lagi dalam kul 8 lebih da dgr kecoh2 kat dapur Ida dgn Baby siapkan barang dapur nak bawak ke Bukit Tinggi.. Aku mcm biase la, berlingkar lagi atas katil sampaila Bie kejutkan aku dengan ciuman pagi barulah aku bangun.. Tapi takla lewat sgt.. Agak2 8setengah akupun bangun cuci muka dan tolong apa yang patut..



Lepas sarapan pagi masing2pun bersiap2 nk ke Tesco dulu untuk beli rencah2 BBQ dan apa yang patut untuk dimasak kat sana nanti..



Kami berenam pun memulakan perjalanan ke Bukit Tinggi dgn cerianya walaupun duduk berhimpit dgn barang2 kat dalam Citra tapi sume happy. Rasa mcm family je. Then, berhenti lagi kat Genting Sempah makan tghari..



Belum panas bontot duduk dlm keta lepas makan, dah pun sampai ke Selesa Hillhomes Bukit Tinggi. Tempat kami menginap.. Kami sangat berpuashati dgn keadaan apartment yang kami sewa lalu terus saja mengeluarkan barang2 dan beristirehat sampai agak2 lepas asar kitorangpun bergerakla ke Genting Highlands..



Naik cable car time maghrib agak menyeramkan sebab aku sekali je pernah naik cable car.. Tapi disebabkan keriuhan 6 orang yang kecoh kat dalam tu, jadi takla rasa seram sgt..



It was fun, tiring n freezing bila jalan2 kat Genting.. Boys la yang best skali sbb diorang main game itu dan ini while the wives tukang layan je la.. Tapi sampai je kat kedai baju n makeup giliran kitorang pulakla nk enjoy sakan bershopping..



Done shopping terus ke outdoor lepak layan hubbies main game n tunggu detik2 12 malam.. Damn cold tapi walauapapun, perempuan tak sah kalau tak sembang n gossip kan..



Balik dari Genting berhenti seketika kat tepi tebing isi perut dengan bekalan yang dimasak petang tadi. Mihun dgn chicken wings hitam manis sambil menyaksikan keindahan bandaraya Kuala Lumpur yang disimbahi cahaya..



Waktu balik, kesian Faiz yang drive keta dgn mata senget2 sebab dah letih n ngantuk while sume orang pun da tak larat nak layan borak lagi dgn Faiz untk temankan dia drive..



Pagi2 lagi da dengar baby dgn Ida membersihkan kuali yang hitam legam sebab goreng ayam semalam.. Adoi.. beratnya mata nak bangun.. Mcm biasa, dapat ciuman pagi dari Bie baru aku bangun.. Alangkah bahagianya..



Well 3 is a crowd kt dapur. So, aku tolong apa yang patut je la kan sambil isi perut dgn apa yang dah terhidang atas meja. Then tolong Ida masak sambal nasi lemak untuk cepat2 turun ke kolam renang..



Wah.. Syioknye dapat mandi swimming pool.. Air yang dingin tidak membantutkan hasrat untuk berendam dgn sukaria dalam kolam. Boring betul bila aku swimming je sume orang termasuk Bie komen aku swim macam orang tgh berjoget.. Ah! Whatever.. Yang penting happy!!



Naik je terus sambung makan balik sebab tadi baru lapik perut je.. Skarang boleh makan sepuasnya sebelum naik ke Bukit Tinggi. Tanpa lengah2 lagi, akupun makanla cupcakes yang Baby bwk untuk celebrate Birthday Fadil ari ni.. Nyum nyum..



Kami bernyanyi2 riang dalam perjalanan ke Bukit Tinggi. Nak tau lagu ape? Lagu Ayam Den Lapeh. Bangga wo bila Pahangfm pasang lagu minang. Yang tak tau nyanyi ialah Faiz sorang sebab dia sorang je orang Kedah. Tak paham dialek minang. Terpaksalah Ida translatekan bait2 lagu tu..



Sampai je destinasi, kitorang terus ke Japanese Garden.. Mak oii.. Tingginya bukit nak daki sampai nak patah pinggang acik ah.. kesian kat mak buyong sorang tu yang tgh sarat mengandung nak panjek bukit. Nasib baik Faiz dapat bwk keta naik atas. Tupun da 3 suku bukit kitorang panjat. Lebih kurang 300meter tau nak panjat.



Yang best bila sampai kat Japanese House kitorang iaitu aku, Ida n Baby bergaya dgn kimono selama setengah jam sambil posing amik gambar. Faiz pun sama. Asyik kontrol hensem je bila amik gambar. Dah ghope samurai da..



Seronok sangat sebab time kitorang pakai kimono tue, belum ada yang sewa lagi. Jadi kitorang nipun jadilah gadis Jepun sekejap dan kadang2 dayang Jepun kepada raja Jepun si Faiz..Well, nasib baik gak aku pakai kimono merah sebab boleh matching dgn baju Bie yang warna merah gak. Bie pulak, main peranan sebagai photographer merangkap nyah sebab kene pegang sume handbag. Hehehe..



Lokasi seterusnya ke Colmar French Theme Park. Dalam pada keseronokan bersiar2 menikmati pemandangan tetiba ada burung berak kat baju aku.. Cheh, nasib baik tak kena kepala gue..

Disebabkan hari ni hari tahun baru, so, kat situ ada pertunjukan akrobatik dari China. Walaupun sepatutnya kitorang ni teruja, tapi mata masing2 da kutu je nagatuk giler.. Yang segar bugar cuma para suami je la dok tgk costume dan gelek gadis2 akrobatik yang agak lucah tue sampai Faiz kene tegur sebab mulut sampai ternganga. Haha.. merah muke dia..

Sedar tak sedar rupenye dah petang da.. Patutla kecur liur tgk orang makan pizza kat kedai tepi2 tue.. Tapi disebabkan pizza kat situ nipis cam biskut tapi mahal nak mampus, sume buat keputusan nak makan pizzahut sampai kl nanti. Tanpa lengah2 lagi kami pun terus gerak balik. Tapi macam biasela, dalam keta je sume padam. Tinggallah Faiz drive keta sambil tahan mata sekali lagi. Da sampai pizzahut barula kami sume bangun dengan cerianya..

Persiaran kami tidak berakhir di pizzahaut sebab lepas maghrib setelah melepaskan lelah seketika, kami semua ke Ikea pula untuk tamankan baby n Fadil yang beriya2 nak ke sana. Yang lainpun tak ketinggalan jugakla membeli-belah dan menjamu mata..

Letihnya tak terkira dengan badan yang sengal2 seharian berjalan2. Rasa macam bateri nk kong je da.. Sampai rumahpun dah pukul 12 lebih. Aku tak dapat nk tidur dalam keta sebab risau Bie yang bawak keta sensorang dgn mata yang mengantuk.

Jadi berakhirlah sudah percutian yang amat menyeronokkan di tahun baru 2009. Syukur kerana segalanya berjalan lancar ikut schedule.. Semoga kami dapat buat lagi percutian seperti ini di lain kali. Mana tau boleh pergi ke lokasi yang lebih jauh macam Indonesia ke..