Monday, February 9, 2009

Kisah Seorang Teman-3 Caranya & Caraku Berbeza

Biarpun semenjak dua ini pelbagai persoalan bermain di benak ku tentang perihal seorang teman yang tiba2 menjauhkan diri tanpa sebarang alasan, namun akhirnya dalam bahasa yang tersirat, aku menemui jawapan.

Aku sedikit lega kerana bersandarkan jawapan itu, aku tiada sebarang salah pun tatkala dia menjauhkan diri. Tetapi mungkin kerana kebijaksanaannya mengadili dan kewarasannya berfikir, dia terus meletakkan kesalahan di bahuku yang dia sendiri tak pernah tahu akan kisah sebenar disebalik apa yang didengarnya..

Seperti apa yang dia katakan, tiada manusia sempurna, tiada sahabat yang sempurna. Namun jika seseorang itu cuba menjadi sahabat yang baik,akan terasalah nikmatnya. Sekurang2nya aku telah melontarkan keikhlasan dalam persahabatan, menghulurkan bantuan tatkala dia kesukaran, mendoakan tatkala dia kesempitan. Tetapi oleh kerana dalam undang2 kehidupannya mendengar dari sebelah pihak saja sudah cukup untuk mensabitkan seseorang itu bersalah, biarlah. Itu cara dia, bukan cara aku.

Dan sekelumitpun tidak aku rasa bersalah jauh sekali untuk menagih pengampunan. Kerana aku tahu siapa aku, tahu apa yang aku lakukan dan lebih penting lagi aku tak punya mulut jahat untuk mengkhabar sesuatu yang jahat pada insan yang bergelar sahabat.

Caranya dan caraku berbeza..

Caraku, mencari kebenaran dengan berhadapan. Caranya membuat kesimpulan berdasarkan kepercayaan. Andai sekalipun seseorang teman itu nyata bersalah lalu memohon maaf, aku dengan hati terbuka menghulurkan salam. Kerana namanya Sahabat. Bukan memutuskan sepertinya yang memandang enteng harga sebuah persahabatan.

Setinggi manapun ilmu ditimba, belum tentu menjanjikan kebijaksanaan. Seringkali juga kebijaksanaan tak seiring dengan kematangan..

No comments:

Post a Comment