Friday, January 15, 2010

Cuti-cuti..





14/01/10 yang lalu N9 cuti am, jadi kantin kitorangpun tutup gak cuti rehat. Ha.. barulah kitorang dapat gi jenjalan..

Mane nk pegi pun tak tau sebenarnya, akhirnya kami ambik keputusan pegi jalan2 ke zoo negara..

Jadi pada petang 13hb tu, kami suami isteripun bersiap2 untuk gerak ke Kl rumah Ida & Faiz. Kebetulan 14hb tu Birthday Faiz, jadi bolehla sambut sekali malam nanti. Singgah makan2 jap di sebuah restoran yang berkonsepkan tropika yg juga merupakan restoran favourite kitorang di Nilai. Wah.. Sangat menyelerakan.

Selesai isi perut, kamipun terusla gerak ke KL sambil nyanyi2 riang dalam keta. Almaklumlah, kenyang perut, suka hati kan..

Sampai je area rumah Faiz terus rewang2 cari Secret Recipe beli kek untuk dia. Kek ni surprise untuk dia sebenarnya, kitorang komplot dgn Ida..

So, aktiviti malam kami juga rewang2 cari makan tempat yang best dgn family dia. Puas reawang2,akhirnya kami singgah di Asia Cafe makan malam & celebrate birthday dia.

Kitorangpun tido umah diorang dan esoknya setengah hari dok melayan dia tengok cd dragon ball. Memang layan sebab dolu2 mase skolah rendah aku memang tak miss baca komik dia.

Dalam pukul 1.30pm barulah gerak gi Zoo Negara. Kira mase kitorang sampai Zoo tu waktu yang agak baik jugalah sebab kira2 2.30 ptg dapat tengok pekerja zoo bagi makan beruang dan pukul 3pm pula ade animal show.

Mase jalan2 tengok haiwan tu , kalau boleh memangla sume tempat kita nak tengok kan. Begitu jugalah dengan Bie yang excited banar pegi sana-sini jenguk sana jenguk sini tapi tiba dekat satu kandang tu, baunya hanyir semacam. Puas cari haiwan apa, rupanya kandang babi. Ada babi janggut, ada babi hutan dan yang sekutu dengannyalah. Hahaha.. Kelakar aku tengok muka Bie jem semacam je sebab tadi dia yang dok beriya2 sangat. Dahla dia memang pantang sikit hal2 yg berkaitan babi ni..

Sampaila pula ke kandang beruang2 yang comel..
Yang seronoknya, bila kitorang angkat tangan lambai kat beruang2 tu, ia pun angkat tangan dan lembai balik. Dapat tengok greasly bear @ Brown bear diberi makan roti. Yang jantan tu sangat pandai tangkap roti yang dibaling terus je ngap masuk mulut.

Ada juga spesies beruang penyibuk. Sun bear atau beruang matahari .Iaitu beruang tempatan negara kita. Lucu tengok gelagat beruang ni yang tertinjau2, terpanjat2 nak tau apa yang berlaku kat kandang beruang greasly tu yg sedang dikerumun pengunjung melihat ia diberi makan. Sunbear ni ada lambang seakan matahri di dadanya. Bulunya cantik hitam berkilat.

Beralih pula ke kandang singa dan harimau. Harimau pula ada 2 kandang. Satu kandang tu ada sepasang harimau yang nama harimau betinanya Zahra. Tapi pelik juga bila tengok si Zahra ni asik pusing2 je kat sebelah pagar tu. Rupa2nya dia rasa terancam dengan harimau betina kat kandang sebelah yang namanya Kitty. Si Zahra tu takut si Kitty tu amik laki dia. Hai... ghimau pun pandai cemburu..

Jalan2 pula ke kandang gajah. Seronok tengok gajah tu joget2 menghayun2kan belalainya.. comel bangat! Tapi tak berani nak berdiri depam2 dekat2 sebab takut x pasal2 kene sembur macam yg terjadi pada sorang member kitorang dulu. Siap ada lendir hijau lagi. Hish.. tu yang tak sanggup tu.

Dah penat jalan2 seluruh kawasan zoo, kamipun melepaskan lelah seketika menaiki trem jalan2 ambik angin seluruh kawasan zoo sambil menikmati dorayaki, jagung dan mocha freez..

Sebelum balik, singgah kejap di gerai cenderahati beli pelekat peti ais. Takdo la lain. hehe..

Dalam perjalanan balik, singgah pula umah kaklong Bie melepaskan rindu pada anak-anak buah yang comel dan pulang selepas makan malam..

Wah.. Cuti2 malaysia yang sangat menyeronokkan lebih2 lagi inilah kali pertama aku ke Zoo dengan Bie...

No comments:

Post a Comment