Saturday, January 30, 2010

Birthday Bie..

29 Januari menjelma lagi.. Asalkan tiba je tarikh tu maka umur Bie pun akan meningkatla setahun & tahun ni genaplah umur Bie 27 tahun..

Aku dari pagi dh sibuk berketuntang di dapur meyiapkan sebiji kek istimewa untuk Bie tercinta.. Kali ni aku buat triple flavor chocolate cake lebih ringkas dinamakan Mochacino strawberry chocolate cake dihiasi sengan chocolate dip strawberry yang memang tak terdapat di mana2 bakery pun. Kalau tak caya, gi la try cari. heheh..

Patutnya aku ada banyak masa hari tu sbb tak keje, alih2 kene panggil konti la pulak. Nasib baik by the time nak ke konti kek dah masak. So balik keje jam 3 ptg aku sibuk lagi menyambung kerja2 membuat icing dan topping serta satu lagi desert yang aku reka sendiri juga yg diberi nama "fruit custard capers".

Da pukul 50.30 barulah gerak ke gi jemput Baby (wife fadil) untuk gerak ke apartment di Glory Beach resort, PD di mana Bie dan seluruh eluarga mertua ku berkumpul untuk bercuti & sama2 meraikan harijadi Bie serta seluruh ahli keluarga yg menyambut hari lahir bulan Januari.

Lepas maghrib, turun ramai2 untuk acara barbeque dan makan malam bawah pokok kelapa sambil menikmati angin malam yg sepoi2 bahasa. Sungguh damai dengan sulaman gelak tawa ahli2 keluarga.

Nampaknya kek triple flavor & fruit custard capers aku sangat laku sehingga ada yang ingat aku tempah kek dari hotel atau secret recipi. (kombang kompih gakla idung ni kono puji) Haha takdelah..

Selesai berBBQ, kami semua lepak kat apartment mak abah sembang2 & bergurau senda sesaman keluarga hingga tak sedar malam yang kian larut

Aku dgn Bie naik ke apartment kitorang, layan Baby(Wife fadil) borak2 jap sampai mate ni da rasa terlalu berat barulah masuk tidur..

Pagi2 lagi da bangun mandi & bertandang kat apartment mak cari makan. Tiehehe..
Sebab pastu nak join anak2 buah mandi kat swimming pool pulak. Tapi yang tak seronoknya, di kolam kanak2 ade pulak yang melepaskan najis. Ish.. Nasib baik kami da naik masa tu. Nampak penjaga kolam tu menangguk sesuatu di dalam kolam, rupanya seketul najis yang besar! Hai.. macam2 hal..

Lepas makan tghari, kamipun bergerak pulang. singgah rumah ibu hantar kek dan terus pulang ke rumah merehatkan diri sebb petang pukul 6 aku nak kene masuk studio.

Apapun, aku sangat gembira dan seronok berkumpul bersama2 family meraikan Birthday suami tercinta kerana segalanya berjalan lancar dan meriah..

No comments:

Post a Comment