Wednesday, June 2, 2010

Janda Baekk...

Baru-baru ni aku, Bie, Ida n Faiz pergi bercuti lagi. Kali ni destinasi kami adalah di Kampung Janda Baik Pahang.

Mula2 Bie agak skeptikal jugakla bila aku bgtau nak pegi sana sbb dia kate bukan ade papepun kat situ. But that was exactly my point. Cume nak gi lepak n chill dgn member2 je sambil menghayati keindahan alam semulajadi yang tenang dan damai(Chewah..)

Jadi oleh kerana Jumaat cuti, maka kami check in pada hari Khamis petang kalau ikut perancangan asal. Tetapi oleh kerana perjalanan yang sesak ditambah pula dgn kenderaan rosak di sana-sini maka kami sampai di Genting Sempah pun dah agak senja. Disitu kami singgah seketika untuk mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Pegaga Garden chalet di Janda Baik.

Sampai di destinasi, aku agak terpegun dgn keadaan dan suasana resort yang bagaikan dalam taman dihiasi cahaya lampu malam yang menambah seri suasana malam. Tatkala itu hati tak sabar mananti pagi untuk menikmati suasana indah di sekitar kawasan tersebut.

Kami menginap di River View Chalet yang di belakangnya mengalir sungai atau jeram jernih yang deruan airnya memecah kesunyian malam.

Para suami pula bagaikan dah tak sabar lagi untuk memulakan aktiviti 'night fishing' tapi kenelah bancuh umpan dulu yang pakarnya ialah En Faiz. Siap campur pati pandan lagi sampai aku rasa lepas ni nk makan kek pandan pun mcm tak lalu je sbb terkenangkan umpan ikan yang berbau pandan tue..

Anyway, dalam pukul 9 lebih kitorang pun kuar night fishing kat tepi tasik sambil duduk di beranda 'bungalow chalet' yang dihiasi ukiran dan pokok2 bunga yang pelbagai sambil melayan gelagat baby Arryyan. Kitorang tak mancing cume teman Bie n Faiz je sbb satu joran kene caj RM30. Tapi yang bagusnya walaupun terdedah dengan suasana malam yang dingin yang sunyi tiada seekor nyamuk pun yang cube menghisap darah manis kami. Dalam pada itu kami juga ditemani oleh 3 ekor angsa yang berenang2 dan berlegar2 di kawasan resort. Nak kata friendly memang tak la kan tetapi setelah dirasuah dgn umpan2 ikan yang di tabur ke permukaan tasik, maka angsa-angsa tersebutpun membiarkan kami melakukan aktiviti memancing tanpa sebarang gangguan.

Setelah agak seketika, baby Arryyan pun dah tertidur di kerusi kayu. Suasana malam kian hening dan sunyi diterangi lampu dan cahaya bulan 14 Jamadilakhir. Sesekali kedengaran juga kocakan air bila ada ikan yang melompat ke permukaan tasik.

Kira2 pukul 1.30 pagi kami para isteri & baby Arryyan pun masuk tidur membiarkan para suami meneruskan aktiviti mereka. Kira-kira pukul 4 pagi baru diorang masuk tidur.

Pagi-pagi lagi Bie dah bangun sekaligus mengejutkan aku dari lena tidur yang nyenyak. Dia bingkas bangun membersihkan diri dan terus sahaja menghidupkan api dapur gas yang kami bawa untuk menggoreng sosej di tepi sungai di depan chalet sementara aku pula bingkas mandi dan bersiap.

Selepas bersarapan, terus sahaja Bie & faiz bersiap2 untuk memancing melepaskan gian yang masih tersisa sejak malam tadi. Begitu juga aku & Ida sambil mengendong baby & membawa bekalan makanan apa yang patut untuk lepak di bawah pokok tepi tasik menemani para suami yang sibuk memancing.

Dlm pada itu, Bie & Faiz siapkan juga tali pancing yang ada mata kail dan pelampung untuk kitorang. Senang je, letak umpan dan campak dalam air. Kalau pelampung tu bergerak2, maka itu tandanya ada ikan yang sedang makan umpan. Jadi kenela cepat2 sentap tali pancing tue.

Tapi tak sampai beberapa minit aku campak mata kail tu ikan da makan umpan. Bila sentap je maka dapatlah aku seekor ikan talapia yang agak2 besar tapak tangan. Wah, sgt gumbira hatiku. Tapi waktu Faiz nak lepaskan dalam karung, terlepas pulak.. Takdo joki la namo eh tue..

Tapi, sekali lagi apabila aku campak tali pancing tu, terus mengena lagi tak sampai 2 minit. Kali ni dapat ikan talapia lagi yang lebih besar dari yang pertama tadi. Cadang nak duduk lama mancing kat situ tapi Bie & Faiz pulak tukar port, jadi aku dgn Idapun tukar Port jugakla. Kali ni tak dapat ikanpun walau berkali2 umpan dicampak kedalam air. Kata orang 'Ikan tak dapat, umpan yang habis'

Apabila mentari dah agak tinggi dan sinarannya mula menggigit kulit, aku tinggalkan mereka untuk masuk ke chalet mandi dan tidur didalam kedinginan penghawa dingin yang tersedia. Rupenye selepas sahaja aku tinggalkan mereka, umpan terakhir yang aku campak ke dalam kolam tu dapat memancing perhatian seekor ikan Kelah yang menjadi tangkapan pertama untuk Bie dan Ida yang tolong tarik naik ikan itu. Untuk makluman, walaupun sejak malam tadi sampaila ke tengahari Bie mancing pakai joran, satu tangkapan pun belum dapat lagi. Sehingga akhirnya, Bie tak pakai lagi joran tu cume pancing gune tali kail bodoh yang aku gune tue sahaja dan dapat beberapa ekor ikan lagi untuk dibawa pulang.

Aku pula, dalam pukul 3 bangun dan terus menggoreng ayam yg telah siap diperap yang kami bawa dari Seremban. Tetapi oleh kerana diorang ni mabuk sgt memancing sampai tak sedar da sampai masa untuk bersiap bulang, ayam itu termakan pun.. 8-(

Jadi, dalam pukul 5 pm kami pun bergerak pulang meninggalkan Pegaga Garden yang indah dan damai. Berat rasa hati untuk pulang serasa ingin menginap sehari lagi namun apakan daya, Bie kerja hari sabtu.

Insyallah akan mengulang kembali detik2 manis di Pegaga Garden Julai nanti..

Adios..

No comments:

Post a Comment