Tuesday, June 15, 2010

Pantai Timur..

Yeah! Bercuti lagi!!

Kali ni family vacation ke Kelantan menghantar adik ipar yang bersanding di rumah pengantin lelaki di Pasir Puteh.

Perjalanan dari rumah ibu mertuaku di Pancor Jaya bermula kira-kira jam 7.45 pagi setelah seluruh ahli keluarga berkumpul. Lebih kurang 5 kereta dari rumah mak dan menanti 2 kereta lagi di Karak Highway. Selain keluarga kami turut serta keluarga Pakcik Ipin yang ada sangkut paut dgn mak mertua aku.

Seperti biasa kereta aku dgn Bie akan dipenuhi dgn anak-anak buah yang sume nak naik keta Pak Fir diorang. Kali ni penuh dgn boys je, jadi cuma aku sorang je la bunga kembang dalam jambangan kat dalam kereta tue. 8-)

Sampai waktu tengahari kami singgah seketika di sebuah masjid di Daerah Terengganu untuk makan tengahari dan solat Zuhur. Suasana riuh-rendah macam pasar bila masing-masing terutama anak-anak buah sibuk meminta makanan itu dan ini. Aku handle nasi lemak, yang lain ada yang handle nasi putih, mee goreng dan nasi goreng. Jadi bayangkanla kami masing-masing da macam makcik jual lauk dok promote masing-masing punye juadah. Begitulah riuhnya..
Hehehe..

Selesai makan dan bersolat, kami berhenti pula di stesen minyak mengisi bekalan petrol untuk menyambung perjalanan terus ke Kelantan. Konvoi kami berjalan lancar kerana ada 4 walkie-talkie kepunyaan Angah menjadi alat perhubungan kami. Ketua@Angah akan memaklumkan kpd kami bila selamat untuk memotong dan sebagainya. Dalam pada itu kami berteka-tekilah dan usik-mengusik satu sama lain menggunakan walkie-talkie tersebut untuk menghilangkan kebosanan dalam perjalanan. Semuapun sporting je melayan.

Kami tiba di kawasan pantai Tok Bali kira-kira pukul 6 petang. Kami berkumpul di kawasan pasar penjaja menanti abang & pengantin lelaki untuk menunjukkan shalet penginapan kami.

Wah.. rasa lega bila dapat masuk chalet dan melepaskan lelah dari perjalanan yang panjang. Namun, bagiku, walaupun berjam-jam perjalanan aku tak terasa sangat mungkin kerana berhenti beberapa kali kot.

Lepas maghrib, kami semua berbondong-bondong menuju ke rumah pengantin lelaki kerana telah dijemput untuk makan malam di sana. Juadah yang dihidangkan ialah nasi kerabu. Mula-mula memangla aku tak tau mcm mana nak makan tapi setelah ade seorang makcik tu ajar barulah aku tau macam mana nak makan nasi kerabu. Campur semua sekali dengan sayur, sambal cili, budu, keropok dan ayam dengan nasi. Layan jugak rupenyer nasi kerabu ni. Bertambah jugakla makan malam tu. Pertama kali kene penangan Budu katakan.

Kembali ke chalet, kami semua beristirehat di chalet masing0masing cuma anak-anak buah je yang masih aktif bergurau-senda.

Keesokannya, kami bersarapan nasi lemak yang disediakan pihak hotel tapi aku tak makan pun sebab nak tunggu nasi dagang yang dihantar oleh keluarga pihak lelaki. Maklumlah, makanan favourite aku.

Menjelang tengahari, pengantin perempuanpun dah bersiap-sedia. Sekali lagi kami berbondong-bondong konvoi menghantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Di sana,setelah pengantin selamat duduk di pelamin luar rumah kami dipersembahkan dgn persembahan silat pengantin diiringi irama nafiri yang agak berlainan dari silat pengantin yang biasa aku lihat di Negeri Sembilan.

Selesai, barulah kami menjamu selera kecuali mak & abah yang mengiringi mempelai ke Pelamin dalam rumah pula untuk acara menepung-tawar disertai oleh Bie dan Abg Achik yang turut naik untuk merakamkan detik-detik tersebut.

Setelah kami tinggalkan Imah (pengantin) di rumah ibu mertuanya maka kamipun meneruskan agenda untuk membeli-belah di Pasar Siti Khadijah tetapi singgah seketika di sebuah Sekolah Pondok untuk solat Asar dan menyalin pakaian.

Oleh kerana hari tersebut adalah hari Ahad, maka lebuhraya agak sesak dengan kenderaan yang pulang dari kerja. Jadi waktu kami sampai, beberapa kedai dahpun mulai tutup. Aku tak beli pape sangat sebab kebanyakannya jual baju dan kain batik yang agak mahal harganya. Cuma beli cenderahati dan seluar katak manakala Bie pula beli satu Jersey bola aje.

Sekali lagi kami terpaksa menempuh keadaan lalulintas yang sesak untuk pulang ke chalet. Dalam perjalanan singgah pula membeli beras dan pelbagai keperluan dapur untuk masak hidangan makan malam. Menunya, nasi panas dan ikan sardin. Layannn... Cukup menyelerakan. Nasib baik ada bawa dapur gas kecik jadi takdelah membazir makan di kedai dgn jumlah ahli keluarga yang ramai.

Hari ke3, hari untuk pulang.
Kira-kira jam 11.00 pagi kami mula meninggalkan chalet penginapan. Destinasi, Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu untuk shopping lagi. Singgah makan tengahari di tepi laut. Akupun tak pasti ape nama pantai tersebut. Sekali lagi kami menjalankan aktiviti pondok-pondok masak mee segera sebagai tambahan kepada nasi goreng pagi tadi untuk hidangan tengahari. Terasa begitu tenang dan damai makan di wakaf yang disediakan sambil melihat pelbagai gelagat ahli keluarga yang riuh-rendah. Aku & bie mengambil sedikit ruang disudut wakaf mengisi perut yang kosong. Terasa bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa mengelus-elus lembut wajah dan rambut. Memang tepat seperti yang digambarkan dalam lagu dan puisi "Pepohon nyiur melambai-lambai penghuni pantai" yang enak menikmati keindahan alam. Sempat juga kami merkamkan kenangan dengan bergambar berdua.

Seperti biasa selesai makan, kami singgah solat Zuhur di sebuah masjid sebelum meneruskan lagi perjalanan. Tiba di Pasar Payang lebih kurang pukul 3.00 ptg. aku hanya beli apa yang tak terdapat di Seremban dan pusat membeli-belah lain. Apa lagi kalau bukan keropok lekor dan kain batik untuk dibawa pulang.

Pukul 5.00pm semua dah berkumpul untuk bergerak pulang. Cuma berhenti seketika untuk menunaikan solat Maghrib & singgah dikedai makan untuk makan malam. Tak sempat nak masak kali ni. Terima kasih pada Angah yang sudi belanja seisi keluarga makan malam yang lazat. Dari situ kami bergerak mencari stesen minyak pula untuk mengisi tangki dan membeli apa yang patut kerana kami akan terus bergerak pulang ke Seremban tanpa berhenti lagi. Waktu itu kira-kira jam 9.00 malam.

Kami melalui lebuhraya Kuantan ke Muazzam terus ke Jempol, Kuala Pilah & Seremban. Namun oleh kerana tak tertahan dengan mata yang mulai kuyu, kira-kira jam 12.30 malam kami singgah minum malam di Jempol bagi menghilangkan ngantuk dan menyegarkan badan yang keletihan. Sampai di rumah mak mertua tepat jam 2.00 pagi.

Seronoknya family trip kali ni. Walaupun badan penat namun kenangan yang terlakar pasti akan tersemat didalam hati sampai bila-bila..

No comments:

Post a Comment