Monday, January 19, 2009

Kisah Seorang Teman..

Aku terpanggil untuk mencoretkan kisah seorang teman yang tulus dalam kehidupan dan kasih sayangnya namun seringkali ketulusan itu dibalasi dgn hirisan luka2 tajam di hatinya..

Sekian lama sebenarnya aku terpisah dgn sahabatku ini lantaran mengejar impian dan cita2 di menara gading. Namun, permata yang hilang ini ku temui semula di majlis perkahwinanku seterusnya hingga kini persahabatan kami terjalin semula..

Banyak juga kisah2 kelukaannya yang diluahkan padaku. Jarang sekali aku mendengar sesuatu yang gembira untuk dia ceritakan..

Aku benar2 terkesima dgn titik hitam yang pernah dilaluinya hingga mengubah kehidupan dan persepsi dirinya.

Dengan ketabahan dan keimanan yang berbekal dalam dada, dia nekad mengubah hidupnya dgn mencari dan memberi cinta yang ikhlas. Namun, setiap kali itu juga cintanya dikhianati. Kini, dia sekali lagi terperangkap dalam mainan cinta yang kian melukai hatinya. Sabarlah teman. Aku mengerti kepahitan yang kau lalui..

Dugaan kian bertimpa melukai lagi hati kecilnya yang telahpun berparut seribu. Perlakuan saudara sedarah sedaging yang bagaikan tiada berperasaan benar-benar melukai hatinya dan juga ibu bapanya yang telah banyak berkorban demi menjadikan anak2nya insan yang cemerlang.

Aku juga seorang ibu.. Alangkah sedih dan kecewanya aku melihat kelakuan yang sanggup mengenepikan saudara dan ibu bapa sendiri malah tergamak menuduh sahabatku ini membeli ibu bapanya dgn duit.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku terlalu mengerti akan perumpamaan itu. Aku juga mengerti betapa sukarnya menelan kepahitan dan mengubati luka di hati. Namun, aku ingin sahabatku ini mengerti bahawa aku berdiri di sini sebagai sahabat yang tulus menyayanginya. Malah aku juga turut kecewa dengan apa yang dialaminya.

Sabarlah sahabat. Biarpun kau melalui detik2 kehidupanmu dgn seribu kelukaan di hati, namun setiap dugaan yang mendatang itu akan menghapuskan dosa2 silam andai kau laluinya dengan keredhaan. Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dan aku percaya Allah merancang sesuatu yang terbaik buatmu..

No comments:

Post a Comment