Wednesday, February 17, 2010

Taman Negara 1: Arrival Day..

Sejak subuh lagi masing2 dah bangun mempersiapkan diri untuk berkumpul di rumah Kaklong Bie dan bersarapan sebelum memulakan perjalanan ke Taman Negara kira2 jam 8.00 pagi.

Wah seronok bangat rasanya untuk bercuti kali ni lebih2 lagi aku dghn Bie belum penah menjejakkan kaki di sana. Apatah lagi percutian kali ni bukan setakat disertai oleh keluarga mertuaku sahaja tetapi lebih bermakna kerana ibu dan ayah juga turut serta buat pertama kalinya.

Kami menaiki van angah yang dipandu Bie berkonvoi dengan 2 kenderaan lain iaitu Ford Ranger yang dipandu abang ipar aku serta Totota Wish yang dipandu Suami kak long. Setiap atunya dilengkapi dengan sandwich, kek dan air untuk kudapan dalam perjalanan.

Destinasi kami ialah Masjid Jerantut Pahang menanti keluarga Angah dari Seremban yang memakan masa lebih kurang 3 jam. Sementara menantikan ketibaan angah, kami menjamu selera makan tengahari dengan beklan nasi dan lauk-pauk yang dibawa.

Selesai menjamu selera, kami terus gerak ke Jeti Kuala Tahan yang mengambil masa lebih kurang sejam. Dari jeti, kami menunggu untuk menaikibot sampan [ula ke chalet penginapan kami. Inilah pertama kali aku menaiki bot sampan sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang menghijau dan menghirup udara yang segar. Sesekali percikan air menampar wajah yang dielus oleh bayu Taman Negara..

Aku, Bie, Ibu dan Ayah menginap di satu chalet, mak abah satu chalet dan keluarga kalong dan anga masing2 satu chalet. Yang selebihnya tinggal di asrama berdekatan.

Setelah masing2 melepaskan lelah dari perjalanan yang panjang, aktiviti podok2 pun bermula. Tikar dibentang, bekalan ayam, beras dan sayur yang diletak dalam peti sejuk beku juga di letak atas tikar.

Ketika mentari petang kian meredupkan sinarnya, ada yang berbual2 sambil makan2, manakala aku dengan Bie pula turun ke sungai mandi-manda dengan anak2 buah, ada juga yang bersembang di pinggir sungai sambil memerhati gelagat yang pelbagai mandi-manda di sungai.

Senja mula merangkak tiba, yang lain semua telah naik membrsihkan diri namun aku dn Bie masih lagi di sungai memancing ikan sambil aku memberi makan ikan dengan umpan roti yang dibawa. Kelihatan anak2 ikan yang berenang2 di kaki sambil mencuri umpan roti yang ditabur. Sehingga kalau diletak tapak tangan kedalam air pun ana2 ikan tersebut masih berani mencuri umpan. Tetapi jinak2 ikan makan di tangan, di tangkap lepas. Sesekali kedengaran suara penghuni hutan sahut-menyahut antara satu sama lain mengingatkan aku dan Bie bahawa kami berada betul2 di tengah belantara yang sememangnya berbeza dari kehidupan biasa.

Malam kian gelap, kami terus naik ke chalet tanpa sebarang hasil tangkapan ikan untuk membersikan diri dan berkumpul bersama ahli keluarga yang lain menikmati hidangan malam dan barbeque sambil bersembang dan bergurau senda.

Ibu dan ayah juga kelihatan gembira dan tidak kekok bergaukl bersama keluarga mertua ku yang riuh rendah.

Malam kian larut, masa untuk berehat dan melelapkan mata menanti hari esok untuk melakukan aktiviti Canopy Walk.

No comments:

Post a Comment