Wednesday, February 17, 2010

Taman Negara 2: Hari Kedua

Wah.. Aku terlajak tidur. Hampir pukul 8 baru bangun. Bie, ibu dan ayah semua telah turun bersarapan, aku barui terhegeh2 nak mandi.

Hidangan cekodok, sandwich telur dan air kopi membuka selera perut yang lapar. Aku hanya sempat menjamah sedikit sahaja kerana ramai dah berkumpul di bawah untuk aktiviti Canopy Walk. Aku bergegas mengisi air bekalan dan menyertai yang lain menaiki bot sampan ke tempat jambatan gantung.

Hadoi.. Turun je bot terpaksa naik tangga TANPA HENTI sepanjang 100 meter mendaki ke atas. Berpinar2 jugalah pandanagan mata ni dan kalaulaqh bukan disebabkan anak2 buah dan ipar duai yang sedia menanti di atas, nak aje aku patanh balik. Tak payah naik jambatan gantung pun takpelah. Tetapi, ku gagahkan jua kudrat & semangat mendaki tangga satu persaru hingga tiba ke Checkpoint pertama jambatan gantung yang setinggi 40 meter dari tanah. Nasib baik tak gayat. Aku tinjau2 juga ke bawah, manalah tau ada rezekui dapat tengok binatang liar lalu kat bawah tapi takde rezeki nampaknya.

Jambatan gantung tersebut sepatutnya 500meter panjang tetapi disebabkan kerosakan dan ditutup, kami hanya melaluinya sepanjang 300 meter sahaja. Sampai di tanah semula kami melepaskan lelah seketika sambil makan biskut dan cekodook yang dibawa.

Perjalanan diteruskan lagi dgn menuruni tangga dan jungle trekking sepanjang lebih kurang 1.5 km ke Kuala Tahan. Ada ketikanya laluan agak mencabar & perlu berhati2 melangkah.

Sampai ke Kuala Tahan, ambil bot untuk ke jeti seberang sungai. Disana, aku melepaskan lelah seketika bersarapan dengan lempeng coklat madu serta kopi ais yang enak bangat. yang lain ada yang jalan2 ke kedai cenderamata sementara menati ketibaan bot untuk kembali ke chalet penginapan kami.

Sampai di Chalet, terus tukar kepada baju mandi untuk mandi-manda di sungai. Kali ni semakin meriah disertai oleh lebih ramai ahli keluarga. Ibu dan ayah hanya beristirehat di chalet menikmati kedamaian alam semulajadi. Mak pula menjaga abah di chalet yang demam sejak semalam.

Hmm.. Leka mandi manda sampai tak sedar panahan mentari yang semakin terik. Kami semua naik ke chalet membersihkan diri. Ada yang terus makan tengahari dengan hidangan sambal tumis petai yang dimasak. Lepas mandi baru aku makan dan lepak istirehat bawah pohon bambu sambil menghirup air teh suam dan roti kaya sebagai pencuci mulut.

Lalu naik ke chalet untuk melelapkan mata kerana itulah aktiviti yg paling sesuai ketika waktu panas terik begitu. Nampaknya bukan aku sahaja yg bercadang nak melingkar, Bie, Ibu dan Ayah juga sama.

Kira2 jam 5 petang barulah bangun dan turun semula menikmati minum petang sambil makan kek dan lebihan cekodok pagi tadi. Masih ada juga yang tak puas mandi, turun semula ke sungai. Aku hanya lepak di atas sambil main pondok2 dnegan kaklong menyediakan hidangan makan malam. Ayam barbeque goreng, sosej dan nasi goreng.

Lepas maghrib, ramailah yang berkumpul melayan selera masing2. Aku pula sibuk melayan kerenah anak2 buah yang berbagai ragam.

Malam kian larut, kelihatan ayah berbual2 dengan kaum lelaki yang lain manakala aku pula duduk bersembang dengan ibu di tangga chalet sambil mata memerhati keadaan sekeliling menanti masa untuk melelapkan mata.

Kekadang tersentuh jga hati kerana perjalanan yang sejauh ini, ibu dan ayah hanya lepak di chalet tanpa bersiar2 kemana2. Nal bawa ibu ayah naik bot persiaran petang tadi dah penuh pula. Jadi aku bertekad esok nak bawa ibu & ayah jalan2 ke air terjun lata Berkoh serta memberi makan ikan kelah.

No comments:

Post a Comment