Wednesday, February 17, 2010

Taman Negara 3: Hari Terakhir






Pagi ni aku tak terlajak tidur lagi..

Lepas mandi terus sahaja mengemas pakaian ke dalam beg serta menyediakan kelengkapan baju mandi dan persalinan untuk beg galas aku dan Bie kerana hari ni kami nak pergi melihat ikan kelah.

Selesai bersarapan pagi, kami turun ke jeti menaiki bot sampan ke jeti Kuala Tahan. Kali ni kumpulan kami disertai aku, Bie, Ibu, Ayah, suami kaklong, kak Iza, Athirah,Tasya, Umairah, dan mamat.

Kami berpecah kepada 2 kumpulan dari Jeti Kuala Tahan menaiki 2 bot berasingan ke Lata Berkoh. Perjalanan menaiki bot mengambil masa kira2 45 minit. Boleh mengantuk juga dibuatnya apabila wajah ini dielus2 bayu dingin hutan tropika Taman Negara. Sesekali jemariku mencecah ke permukaan air sungai jernih yang dingin. Namun tatkala bot tersangkut pada batu-batuan sungai, mata yang mengantuk tadi buntang semula kerana situasi agak mencemaskan apabila bot yang dinaiki teroleng2 kekiri kekanan ketika pemandu bot berusaha melepaskan bot dari tersangkut pada batu2. Nasib baik segalanya kembali lancar.

Sampai ke destinasi, kami harus trekking di pinggiran hutan lebih kurang 700meter untuk ke Lata Berkoh dengan laluan turun n naik yang agak mencabar. Tetapi ku lihat ayah dan ibu steady sahaja melalui liku2 jalan yang hanya bertanggakan akar2 pokok yang berselirat.

Kami melepaskan lelah di Lata Berkoh. Ada yang turun mencecahkan kaki kedalam air terjun yang dingin jernih. Ramai juga pelancong asing yang mandi-manda disitu tetapi kami tidak kerana air yang dalam dan deras serta batu-batuan yang licin amat merbahaya lebih2 lagi bagi kami yang tak begitu mahir berenang. Cuma merakamkan gambar-gambar kenangan lalu turun semula ke tempat perhentian bot untuk ke lokasi ikan Kelah pula.

Segala keseronokan bermain dgn ikan Kelah yang tergambar di fikiran hanyalah gambaran semata kerana kami hanya boleh berdiri di atas para yang disediakan sambil membaling makanan ikan dari situ. Tiada langsung kejinakan ikan Kelah sepeti yang diwar-war makan di tangan. Cuma yang ada sekumpulan ikan Kelah yang berenag2 ditengah2 sungai minikmati makanan yang di campak dari atas. Sedikit-sebanyak terasa tertipu dan kecewa dengan situasi yang indah kabar dari rupa.

Namun untuk mengubat rasa hati, kami semua berendam dan berenang2 di dalam kedinginan air sungai yang menggamit. Ibu & ayah cuma memerhati gelagat kami dari atas sambil tersenyum tatkala ada ragam yang mencuit hati. Sekurang2nya kedinginan air sungai yang jernih dapat juga sedikit2 sebanyak merawat hati yang bengkak ni. Badan pun terasa segar dan taklah rasa terkilan tak dapat mandi sungai dengan ahli keluarga lain yg tak ikut bersama.

Puas mandi, kami menyalin pakaian dan menaiki bot untuk pulang semula ke Jeti Kuala Tahan dimana seluruh ahli keluarga telah menanti untuk perjalanan pulang.

Kali ini, tiada lagi bayu dingin yang menghembus kerana waktu hampir jam 2.00 petang. Sesekali tatkala melalui laluan sungai tanpa teduh pohon2 hutan,terasa bahang mentari menggigit2 kulit biarpun dilapisi fabrik pakaian.

Sampai ke Jeti, kami melepaskan dahaga seketika lalu terus menuju ke van untuk bergerak pulang. Singgah solat Asar di masjid Jerantut dan melalui perjalanan yang penuh sesak di Genting Sempah.

Akhirnya Sampai jua rumah kaklong kira2 jam 8 malam, menikmati hidangan makan malam sebelum gerak pulang ke Seremban. Wah letihnya tatkala tiba ke rumah waktu lebih kurang pukul 11 malam..

Percutian ke Taman Negara kali ini melakar satu lagi kenangan manis buat diriku dan Bie walaupun sedikit rasa calar dihati kerana ianya lebih indah khabar dari rupa. Namun apa yang lebih bermakna adalah penyertaan seluruh ahli keluarga termasuk ibu dan ayah serta kerjasama dari semua sehingga segalanya berjalan dengan lancar.

Semoga akan terlakar lagi sejarah dan kenangan manis seperti ini di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment